suria

Kalau betul Syamsul nak kahwin lain, ini pesan ibu kepada keluarga Ira Kazar! - “Jangan ugut anak saya!”

Kita doakan agar rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah beroleh kebaikan.

SUSULAN timbulnya spekulasi Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan wanita bernama Ira Kazar dalam waktu terdekat, ibu kepada pengarah tersebut iaitu Datin Fatimah Ismail memohon agar semua pihak tidak terus memperkatakan perkara itu kerana ia masih lagi samar.

Menurut Fatimah berita yang tersebar itu masih belum sahih dan anaknya mengambil langkah berdiam bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

“Spekulasi belum sahih, jangan diwar-warkan.

yusof 1

Fatimah (tengah) bersama Yusof (kiri), Sarah dan dua cucunya. Gambar ini dirakam ketika produser itu dan isterinya menghantar Sarah di KLIA untuk mengerjakan umrah, Ramadan lalu.

“Syamsul diam kerana tidak mahu memburukkan keadaan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fatimah juga memberi peringatan kepada keluarga Ira agar menghentikan sebarang tindakan berbentuk ugutan melalui video untuk memastikan rumah tangga Syamsul dan menantunya, Puteri Sarah Liyana tidak terus terganggu.

Ini kerana kata Fatimah, pasangan suami isteri itu masih sayang menyayangi.

ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi Syamsul dan Ira Kazar bakal kahwin dalam waktu terdekat, Yusof Haslam harap ia tidak terjadi

“Saya nak beritahu keluarga Kazar, jangan ugut anak saya kahwin dengan video-video palsu. Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anaknya,” jelasnya.

Spekulasi perkahwinan Syamsul dan Ira mula timbul apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.

Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anaknya

DATIN FATIMAH ISMAIL

Biarpun tidak menulis nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.

Laporan itu yang memetik sumber melaporkan, pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentuanya iaitu pelakon Kazar Saisi bagi membincangkan hasrat berkenaan.

ira kazar

Ira Kazar dikatakan sudah lama berkawan dengan Syamsul.

Sementara itu dalam satu kenyataan kepada mStar pada Rabu, bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam berharap agar khabar angin yang bertiup itu tidak menjadi kenyataan.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah yang kini berusia dua tahun.

Buat pasangan suami isteri ini, kita doakan semoga perjalanan rumah tangga mereka dipermudahkan dan keluarga Datuk Yusof Haslam beroleh kehidupan bahagia seperti dahulu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain