suria

Fizi Ali hilang sabar dengan Shakilla Khoriri! Hidup jahanam selepas bercerai… Selama ini puas jaga aib

Fizi tiba-tiba marah dengan Shakilla.

ENAM bulan berpisah dengan cara baik, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali tiba-tiba meluahkan rasa marah terhadap bekas isterinya Shakilla Khoriri di Instagram pada Khamis.

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin turut berkata, dia sudah hilang sabar dengan tindakan melampau bekas isterinya yang juga seorang pelakon itu.

“Sabar itu ada tahapnya. Jangan sampai tahap kesabaran itu hilang.

fizi ali 1

Fizi bersama anaknya Ameena.

“Aku hormat sebelum ini sebab kau mak kepada anak aku dan kita pernah bersama. Kau semakin lama semakin melampau,” katanya.

Tidak mendedahkan hal sebenar, Fizi juga memberitahu apa yang berlaku memberi kesan buruk kepada hidupnya.

Dalam hal ini, Fizi berkata dia enggan mendedahkan punca perpisahan mereka pada Disember lalu disebabkan mahu menjaga aib bekas isterinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik cepat sangat ‘move on’, sebenarnya Fizi Ali hampir dibawa ke hospital sakit jiwa gara-gara asyik menangis

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali akui sedang mengenali seseorang, sedia ke fasa hubungan lebih serius

“Aku tak nak buka mulut sebab nak menjaga aib kau.

“Hidup aku dah jahanam sekarang... aku hilang semua benda. Semua disebabkan kau. Tak sedar lagikah?” ujarnya.

Luahan tersebut dibuat oleh Fizi menerusi beberapa perkongsian di IG Story miliknya.

Aku tak nak buka mulut sebab nak menjaga aib kau

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO

mStar cuba menghubungi Fizi untuk mendapatkan penjelasan namun tidak berjawab.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

fizi ali 2

Fizi dan Shakilla berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Disember tahun lalu, Fizi memaklumkan hubungan mereka sudah berakhir namun tidak pernah menjelaskan punca perpisahan.

Bagaimanapun selepas berpisah kedua-dua mengekalkan hubungan baik demi anak mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain