PELAWAK dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki tidak berasa terkesan apabila menjadi mangsa kecaman netizen berikutan kenyataannya menolak penutupan kelab Crackhouse Comedy Club oleh pihak berkuasa. Afdlin berkata, dia membuat kenyataan itu kerana berasa bimbang dengan nasib pelawak lain yang menjadikan kelab komedi itu sebagai tempat mencari rezeki. "Awalnya saya fikir pihak berkuasa ingin menutup terus tempat berkenaan. Disebabkan itu, saya berasa tidak puas hati kerana memikirkan apa akan terjadi kepada pelawak lain yang menjadikan lokasi itu sebagai tempat mencari rezeki. "Bayangkan bagaimana perasaan apabila tempat yang selama ini kita selalu cari makan, tiba-tiba ditutup atas bukan kesalahan kita sendiri. "Berapa banyak pun yang mereka dapat bagi sekali persembahan... sekitar RM200 atau RM300 sahaja," katanya kepada mStar. Afdlin bertegas mengatakan dirinya tidak bersetuju menggelarkan wanita hina agama Islam itu digelarkan sebagai pelawak. Pada Ahad, Afdlin hebat dikecam selepas menggunakan perumpamaan kolam renang untuk memberi contoh terhadap insiden wanita mengina agama Islam selepas pihak berkuasa mengarahkan kelab komedi itu ditutup buat sementara. Afdlin dalam kenyataannya itu, tidak bersetuju kelab komedi itu ditutup hanya kerana perbuatan seorang individu dan menjejaskan pelawak lain. ARTIKEL BERKAITAN: Padah ‘shock value’ dalam persembahan komedi, Afdlin Shauki minta pelawak tahu batas di pentas ARTIKEL BERKAITAN: Anak Afdlin Shauki, Mia Sara sedia dikritik masuk industri seni guna kabel bapa Jelas Afdlin lagi, apa dikatakannya itu adalah berdasarkan pengalaman kerana beliau sendiri pernah memiliki sebuah kelab komedi sebelum ini. "Sebagai pemilik, kita akan memberi peluang kepada pelawak baru untuk tonjol bakat masing-masing. "Sekiranya kita sudah tahu apa yang mereka ingin lakukan, tetapi tiba-tiba apabila sudah berada di atas pentas perkara sebaliknya berlaku. Kita seharusnya melihat semula apa tujuannya hadir ke tempat sebegitu. Sama juga dengan individu yang merakam persembahan tersebut, adakah suami atau kekasihnya yang merakam video AFDLIN SHAUKI PELAKON, PENGARAH, PELAWAK "Waktu itu apa yang boleh kita lakukan ialah tutup pembesar suara atau halau sahaja dia keluar," ujarnya. Sementara itu, Afdlin berkata, beliau tidak mengambil pusing apabila situasi yang berlaku menyebabkan masyarakat mempertikaikan kredibilitinya dalam dunia politik. Sebaliknya, Afdlin berkata, apa dikatakan adalah pandangan dirinya dan beliau berhak berbuat demikian meskipun ada yang tidak bersetuju dengannya. "Saya sedar saya dikecam di Facebook, saya tidak mempedulikannya kerana setiap daripada kita mempunyai pandangan masing-masing. Afdlin meluahkan pandangan berdasarkan pengalamannya yang sebelum ini pernah memiliki sebuah kelab komedi stand-up. "Netizen ada pendapat, begitu juga saya. Apa yang saya katakan itu tidak semestinya perlu dilakukan kerana ia satu pandangan. Saya bukan paksa sesiapa untuk ikut apa saya katakan," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Afdlin menggesa berhenti menggelar wanita yang terlibat dalam kejadian menghina agama Islam itu sebagai pelawak. Kata Afdlin, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana ia mencemarkan komuniti pelawak berdiri tempatan malah tindakan Siti Amira Natasha Abdullah itu tidak melayakkan dirinya untuk dipanggil pelawak. "Kita harus lihat semula apa tujuannya hadir ke tempat itu. Sama juga dengan individu yang merakam persemahannya, adakah suami atau kekasihnya. "Selalunya penonton yang hadir menyaksikan persembahan komedi tidak membuat sebarang rakaman kerana hadir untuk mendengar lawak bukannya konsert," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI