suria

“Tolong jangan hilangkan rasa hormat saya pada abang” - Shahrol Shiro persoal Afdlin Shauki kaitkan ceramah agama, terus pertahan kelab komedi

Shahrol membidas kenyataan Afdlin Shauki.

KONTROVERSI wanita menghina agama Islam ketika membuat persembahan stand-up di Crackhouse Comedy Club semakin panas apabila pelawak Shahrol Shiro membidas kenyataan Datuk Afdlin Shauki yang tidak bersetuju pihak berkuasa menutup sementara kelab komedi berkenaan.

Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi dalam kenyataan di Instagram tetap bertegas dengan pendiriannya yang bersetuju kelab tersebut ditutup apatah lagi pelbagai video mengenai persembahan komedi berdiri di lokasi itu yang tersebar dan menyinggung perasaan orang ramai.

"Seperti dijangka banyak video tersebar mengenai persembahan stand up kelab tersebut yang membuatkan ramai tersinggung. Pendapat saya kekal konsisten kelab tersebut eloklah ditutup sementara takut ia mendatangkan mudarat lebih besar," katanya.

Malah dalam hantaran berbeza, Sharol turut memuat naik beberapa gambar dipercayai suasana dalam kelab berkenaan yang memperlihatkan di meja pelanggan dihidangkan minuman keras.

Untitled design (45)

Shahrol mengharapkan agar jangan menyamakan lawak komedi stand-up dan penceramah agama.

Shahrol turut mempersoalkan hukum menari rezeki dalam Islam yang menghidangkan minuman itu kepada penonton.

"Hurailah hujah panjang berjela sekalipun atas asbab jasa sebuah kelab yang menjadi penggiat komedi stand up mencari rezeki, tetapi terdetik di hati saya seorang insan yang tidak pandai agama itu, apakah hukumnya mencari rezeki menghiburkan jiwa para penonton yang sedang khayal meneguk minuman keras.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak wanita mengaku hafal 15 juzuk al-Quran buka baju atas pentas, Shahrol Shiro kutuk content hina Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Shahrol Shiro rayu pelawak sebenar mengaku, kecewa netizen asyik ‘petik’ nama - “Tak adil, kawan-kawan pula yang kena!”

"Daripada pengetahuan saya, menjadi bouncer menjaga pintu luar kelab malam yang menyediakan minuman keras pun haram, inikan pula berada di dalamnya," tulisnya.

Sementara itu, Shahrol turut membidas kenyataan terbaharu Afdlin yang menyamakan lawak yang diselitkan dalam ceramah agama dengan persembahan komedi berdiri.

Saya akan terus bersuara jika abang terus membela sebuah kemungkaran dan tolong jangan hilangkan rasa hormat saya pada abang yang senior dalam industri

SHAHROL SHIRO

PELAWAK

Shahrol berkata, tindakan penceramah memasukkan elemen komedi adalah bagi menarik perhatian pendengar agar lebih menarik dan tidak sepatutnya disamakan dengan isu yang sedang berlaku.

"Mereka selitkan sedikit lawak supaya yang mendengar tidak bosan dan mengantuk. Dengan lawak juga mereka daapt merasakan Islam ini mudah dan mampu menarik golongan muda terutamanya dekat dengan Islam," terangnya.

Tidak hanya itu, Shahrol turut mempersoalkan tindakan Afdlin yang bersungguh-sungguh mempertahan kelab komedi itu.

Untitled design (46)

Shahrol mempersoalkan tindakan Afdlin yang bersungguh-sungguh mempertahankan agar Crackhouse Comedy tidak ditutup.

"Saya akan terus bersuara jika abang terus membela sebuah kemungkaran dan tolong jangan hilangkan rasa hormat saya pada abang yang senior dalam industri," jelasnya.

Shahrol turut menjelaskan kelantangannya bukan bertujuan untuk memenuhi agenda politik dan tidak wajar saling menuding jari kepada mana-mana pihak dan meminta kes itu disiasat oleh pihak berkuasa.

"Kita ketepikan dulu ideologi politik sebab isu pokoknya hari ini adalah sebuah kelab yang menjadi tempat berkumpulnya para penggiat komedi stand up yang dilihat meraikan kandungan sensitif terutamanya isu agama," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain