suria

Wanita buka baju hina Islam mengaku tidak bersalah, mahkamah larang muat naik sebarang kenyataan di media sosial

WANITA yang didakwa menghina Islam ketika persembahan komedi berdiri baru-baru ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur pada Rabu.

Siti Nuramira Abdullah membuat pengakuan itu dihadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali dan minta dibicarakan.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika mengadakah persembahan komedi berdiri (stand up comedy) di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.

file7lu92tp0g0g12hyf8l3t

Tertuduh diminta untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis.

Terdahulu, Siti Nuramira tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan berbaju kuning dan berjaket hitam serta kelihatan tenang ketika dibawa masuk ke lobi utama mahkamah kira-kira pukul 9 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tanggal baju separuh bogel buat ‘live’ jawab soalan netizen, kerap kongsi tip hubungan seks di YouTube

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak wanita didakwa hina Islam sudah ditahan, kini direman tiga hari bantu siasatan

Hakim Siti Aminah menetapkan wang jaminan RM20,000 serta dilarang untuk memuat naik sebarang kenyataan di media sosial.

Tertuduh juga perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 15 Ogos 2022 dan pasport perjalanan antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Siti Nuramira diwakili peguam, R. Sivaraj Retinasekharan, Ramesh N. P. Chandran dan Datuk Shaharudin Ali.

553

Penularan video wanita itu menanggalkan tudung dan pakaian menimbulkan kemarahan netizen.

Pendakwaan pula dilakukan oleh pendakwa raya, Najihah Farhana Che Awang.

Pada Sabtu lalu, video memperlihatkan wanita itu bertindak menanggalkan tudung dan baju kurung tular di media sosial sehingga mengundang kemarahan masyarakat.

Sebelum itu, ketika Siti Nuramira naik ke pentas, dia memperkenalkan dirinya selain mengaku seorang wanita Melayu Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran.

Akibat tindakan itu, wanita itu dan teman lelakinya, Alexander Navin A/L Vijayachandran direman oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Mahkamah menetapkan 18 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain