suria

Selesai ikat jamin, rupa-rupanya Jawi dah tunggu nak cekup... Wanita hina Islam sekali lagi ditahan

Amira ditahan Jawi selepas bebas dengan ikat jamin.

WANITA yang didakwa menghina Islam dalam persembahan komedi ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sejurus selepas membayar ikat jamin RM20,000 pada pagi Selasa.

Siti Nuramira Abdullah, 26, ditahan oleh pihak pegawai daripada Jawi pada pukul 10.30 pagi selepas membayar wang ikat jamin di kaunter mahkamah bersama peguamnya, Ramesh Chandran.

Difahamkan, Siti Nuramira akan ditahan selama 24 jam sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah dan dijangka akan didakwa dibawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana menghina Islam.

amira 2

Amira dan teman lelakinya sebelum ini mengaku tidak bersalah.

Jika sabit kesalahan wanita itu berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda RM3,000.

Pada 13 Julai lalu, wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur atas tuduhan menghina Islam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-asalan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika membuat persembahan komedi berdiri di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur pada 4 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buka baju hina Islam mengaku tidak bersalah, mahkamah larang muat naik sebarang kenyataan di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak wanita didakwa hina Islam sudah ditahan, kini direman tiga hari bantu siasatan

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.

Kes disebut akan disebut semula pada 18 Ogos ini.

Semalam media melaporkan Siti Nuramira dan teman lelakinya, V. Alexander Navin, 38, berjaya mengumpulkan wang ikat jamin menerusi dana awam.

Ekoran gagal membayar wang ikat jamin, Siti Nuramira ditempatkan di Penjara Satelit Beranang manakala Alexander di Penjara Satelit Kuala Kubu Baru sebelum dihantar ke Penjara Wanita Kajang dan Penjara Sungai Buloh.

Alexander turut membuat pengakuan tidak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik hantaran jelik dengan niat menyakitkan hati di media sosial di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain