suria

Hanya ingin kongsi kasih sayang, Vida tak fikir mahu ganti tempat arwah Siti Sarah

Vida seronok kongsi kasih sayang dengan anak-anak Shuib.

BARU-BARU ini video yang dimuat naik oleh usahawan Datuk Seri Vida meluangkan masa makan malam bersama pelawak Shuib dan tiga orang anaknya menjadi bualan dan kecaman netizen.

Di sebalik kegembiraan mereka bersama, ada dalam kalangan netizen kurang senang dengan kenyataan Vida yang mengatakan dia menumpang kasih dengan anak-anak Shuib sedangkan dia sendiri mempunyai cahaya mata.

Menjawab tuduhan netizen, kata Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, dia sudah lama mengenali tiga orang anak Shuib iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

vida 2

Vida sudah lama rapat dengan Shuib.

Hubungan mereka juga sangat rapat sebelum ini dan perjumpaan tersebut bagaikan sesi melepas rindu kerana sudah lama tidak bertemu.

"Kasih sayang untuk anak-anak tidak kita tidak boleh nilai dengan angka. Apa lagi bagi mereka yang sudah tiada ibu. Saya sayangkan mereka semua.

"Malah saya anggap macam anak sendiri dan boleh menyayangi mereka begitu. Mereka rapat dengan saya dan kami telah lama kenal.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai jodohkan dengan Michael Ang, Vida takut ‘periuk terbang’... Reda hidup menjanda sebab susah cari calon suami

ARTIKEL BERKAITAN: “Inilah orang Melayu dengki, nak tengok saya jatuh” - Kedai disihir, Vida tebang pokok pisang pukul 3 pagi

"Saya sendiri dapat rasakan sentuhan ikhlas mereka sayangkan saya apabila bertemu. Matin berlari mendapatkan saya ketika sesi perjumpaan tersebut," katanya.

Menerusi ruangan komen pada video yang dimuat naik oleh Vida itu, ada juga netizen mahu menjodohkan dirinya dengan Shuib.

Tidak pernah terfikir untuk menggantikan tempat Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu, Vida juga mendoakan Shuib kembali bertemu jodoh dengan wanita yang jauh lebih baik.

Hubungan saya dan Shuib tidaklah sejauh itu sehingga mahu berkahwin. Saya rapat dengan arwah Sarah dan tidak terfikir untuk gantikan tempatnya.

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN

"Hubungan saya dan Shuib tidaklah sejauh itu sehingga mahu berkahwin. Saya rapat dengan arwah Sarah dan tidak terfikir untuk gantikan tempatnya.

"Saya hanya curahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan berdoa semoga Shuib jumpa wanita yang lebih baik kerana saya tidak sesuai untuk dia," jelasnya.

Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain