suria

Spekulasi rumah tangga dengan Engku Emran kembali hangat, Noor Nabila padam semua gambar suami di IG

Khabar angin tentang keretakan hubungan Noor Nabila dan Engku Emran mula diperkatakan sekitar Jun lalu.

STATUS rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran sekali lagi menjadi tanda tanya apabila usahawan itu dilaporkan sudah memadam semua gambar bersama suami termasuk foto perkahwinan mereka di Instagram.

Noor Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 37, yang juga kakak kepada selebriti Neelofa turut dilihat menukar gambar profil di media sosial berkenaan.

Malah foto berdua bersama anak lelakinya, Jebat Jayden ketika sambutan Hari Raya Aidiladha lalu turut menerima pelbagai komen daripada pengikutnya yang bertanya mengenai keberadaan Engku Emran.

Lebih menguatkan spekulasi, Nabila juga turut dilihat memuat naik beberapa perkongsian gambar petikan kenyataan tentang hubungan yang seakan-akan memberi gambaran tentang perasaannya sebagai seorang isteri.

Dalam satu perkongsian di Instagram Stories, Nabila memuat naik petikan tentang kehadiran yang tidak dihargai selain tentang usaha dalam sesebuah hubungan namun tidak mendapat perhatian daripada pasangan.

Untitled design (5)

Foto bahagia pasangan Noor Nabila dan Engku Emran bersama cahaya mata masing-masing.

Menerusi perkongsian petikan lain pula, Nabila berkongsi tulisan Jade Torres tentang seseorang yang berhak mendapatkan pasangan yang sesuai dan menyedari cinta mereka dan bukannya bertepuk sebelah tangan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berkat pagi Jumaat... Noor Nabila sah jadi isteri Engku Emran

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet! Engku Emran lamar Noor Nabila atas ‘hot air balloon’ dengan ayat ‘nikoh jom’ antara 10 fakta pasangan pengantin baharu ini

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan berhubung perkara itu daripada Nabila dan Engku Emran tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej dihantar tidak berbalas.

Ini bukan kali pertama gosip mengenai perkahwinan pasangan itu dikatakan berantakan malah pada Jun lalu lagi timbul khabar angin mengatakan hubungan mereka bermasalah.

Nabila bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan rumah tangga mereka dalam keadaan baik.

Nabila juga memberitahu memilih untuk menjaga privasi perkahwinan mereka daripada tatapan umum dan tidak memuat naik gambar bersama di media sosial bukan bermaksud rumah tangganya retak.

Nabila dan Engku Emran berkahwin pada Mac tahun lalu dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Untitled design (7)

Antara petikan kenyatan yang dimuat naik oleh Noor Nabila di Instagramnya.

Sebelum ini Engku Emran pernah berkahwin dengan pelakon, Erra Fazira 2007 sebelum bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.

Engku Emran kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 2017 namun ikatan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2020.

Sementara Nabila pernah berkahwin dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Jika benar spekulasi mengenai rumah tangga mereka berantakan, kita doakan agar mereka dapat menyelesaikan semua masalah dengan baik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain