SELEPAS hampir setahun berlarutan, usahawan kosmetik Kak KM akhirnya meluahkan rasa syukur menang dalam kes saman fitnah yang dibuat oleh bekas abang iparnya sendiri. Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, bekas suami kakaknya itu memfailkan saman selepas dia mengambil tindakan mempertahankan diri menerusi siaran langsung di Instagram tahun lalu. "Selama ini saya hanya berdiam sahaja. Dia banyak burukkan saya dan kata produk saya sampah. Dia juga bayar golongan netizen untuk sebarkan cerita tentang saya. Kak KM bersyukur kes saman fitnah berakhir. "Sebelum ini saya ada buat live di Instagram menjelaskan perkara sebenar apabila ramai yang bertanya... kemudian dia guna kenyataan saya itu dan ambil tindakan saman kerana memfitnah. "Syukur akhirnya kes ini selesai dan saya menang," katanya kepada mStar. Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam Kak KM iaitu Fakhrul Azman Hassan dari Azainie & Fakhrul pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Baru tahu aksi tepuk punggung salah! Kak KM minta maaf selepas dipanggil SKMM, janji tak buat lagi ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM beli rumah banglo RM5 juta, syukur akhirnya doa dimakbulkan... Minta netizen sibuk kecam tutup IG Dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara, Kak KM memberitahu perkongsian di laman sosial sebelum ini bukanlah bertujuan untuk bermusuh dengan mana-mana pihak. Namun disebabkan ada pihak cuba menjatuhkan dirinya serta memburukkan ahli keluarga membuatkan Kak KM tidak gentar untuk berdepan tindakan perundangan. "Sebenarnya saya tidak sebut pun nama dia ketika sesi live itu, tetapi dia yang terasa sehingga ambil tindakan saman. Apa yang saya cakap semuanya betul! Apabila berlaku begini ada juga rasa ralat, tetapi saya tidak akan berdiam kalau ia melibatkan ahli keluarga dan perniagaan KAK KM USAHAWAN "Dia mahu ambil tindakan saman, saya tidak ada masalah kerana tahu segala kebenaran. Dia bekas abang ipar jadi saya kenal siapa dia. "Selama ini saya tidak pernah nak bermusuh dengan orang. Apabila berlaku begini ada juga rasa ralat, tetapi saya tidak akan berdiam kalau ia melibatkan ahli keluarga dan perniagaan," jelasnya. Terdahulu, Kak KM berkongsi berita gembira kemenangan itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya. "Saya tidak banyak berkongsi hal ini di media sosial kerana mahkamah memaklumkan tidak berbuat demikian kerana masih dalam perbicaraan," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI