suria

Siapa sebenarnya penipu? Wajah cemas Noh Salleh menggambarkan rumah tangga sedang retak

Noh Salleh dan Mizz Nina bercerai selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

WAJAH cemas vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh saat diajukan mengenai hubungannya dengan Mizz Nina dalam satu sidang media pada 13 Julai lalu sebenarnya menceritakan penyanyi itu sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Noh atau Mohammad Noh Salleh, 37, dilihat gelisah sambil menyedut dan menghembuskan asap vape di hadapan sekumpulan wartawan yang sedang menemuramahnya.

Langkah menghisap vape sambil menghembuskan asap itu walaupun dilihat kurang sopan namun ia mungkin cara Noh untuk menghilangkan rasa gemuruh dalam jiwa untuk menjawab sesuatu perkara benar yang cuba disembunyikan.

noh 12

Noh Salleh mengumumkan perceraian mereka di Instagram.

Sambil mendakwa wartawan ditipu dengan berita keretakan rumah tangganya, siapa sebenarnya yang menipu?

Pada temu bual itu, Noh kelihatan mula tersentak tatkala diajukan soalan peribadi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh akhirnya mengaku sudah bercerai, kekal berkawan dengan Mizz Nina

ARTIKEL BERKAITAN: “Anda semua kena tipu!” - Noh Salleh ulas gosip rumah tangga dengan Mizz Nina sedang bermasalah

Tanpa berfikir panjang, soalan itu dikembalikan dengan teguran seolah-olah tiada cerita lain hendak dibicarakan.

"Entahlah... Tiada komen. Anda semua kena tipu. Good luck. Fake news," katanya.

Jom singgah ke TikTok mStar!

@mstarmalaysia Ikuti kisah Encik Tan dalam menggubah seni tradisional origami kepada karya seni yang boleh pakai ala Malaysia Leret ke atas untuk menonton video penuh sekarang!#mstar ♬ original sound - mStar Official

Dalam nada sindiran, Noh turut mempersoalkan kredibiliti pihak media yang didakwa lebih gemar mengambil tahu tentang berita peribadi berbanding hal kerjaya.

"Dah ketandusan cerita ke? Orang lebih suka kisah peribadi berbanding apa yang saya kerjakan," katanya.

Dah ketandusan cerita ke? Orang lebih suka kisah peribadi berbanding apa yang saya kerjakan.

NOH SALLEH

PENYANYI

Begitulah jawapan Noh sekali gus menafikan dakwaan kononnya wujud kemelut dalam rumah tangganya bersama Mizz Nina.

Atau barangkali jawapan itu diberikan kepada pihak media sebagai menutup rasa gugup apabila diasak dengan pertanyaan peribadi.

Namun, tidak sampai sebulan penafian itu dibuat akhirnya segala persoalan disahkan apabila Noh yang sebelum ini berkata wartawan ditipu mengesahkan dia dan isteri sudah bercerai.

Mereka dikatakan memfailkan perceraian pada Jun lalu.

Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 2 Julai 2011 dan awal tahun ini, mereka mengumumkan mengambil anak angkat yang diberi nama Musa.

noh 13

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat diberi nama Musa.

Terdahulu, media melaporkan Noh dan Mizz Nina bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 3 Ogos lalu.

Dengan kenyataan Noh itu, secara tidak langsung menceritakan siapa sebenarnya penipu. Namun kita percaya, Noh terpaksa berbuat demikian atas faktor-faktor tertentu.

Kepada pasangan ini, semoga tabah menempuh ujian hidup selepas 11 tahun melayari bahtera.

Sesungguhnya Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuan mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain