SELEPAS membuat keputusan tidak mahu lagi menghasilkan busana yang seksi, pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi mendedahkan mengalami kerugian ribuan ringgit kerana pelanggan membatalkan tempahan mereka. Nekad dengan pendiriannya itu, Rico bagaimanapun tidak kisah dengan kerugian dialami kerana percaya rezeki dikurniakan Allah dan dia tidak mahu dipersoalkan tentang keberkatan pendapatannya di akhirat kelak. Rico tidak lagi terima tempahan pakaian seksi. "Apabila membuat keputusan ini selepas mendengar penjelasan Ustazah Asma' Harun, hampir sepuluh pelanggan minta pulangkan kembali deposit tempahan yang telah dibuat. "Ia satu tamparan hebat pernah saya alami. Bayangkan seorang pelanggan boleh dapat paling kurang, RM3,500 hingga RM5,000. "Ketika saya hantar mesej kepada pengurus tentang hijrah kecil saya ini, hati sangat yakin dan kuat. Tetapi tak sangka rezeki itu terus hilang sekelip mata. ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan Fazura didakwa bermasalah, ini jawab Rizman Ruzaini! "Saya percaya seperti mana ustazah cakap, rezeki yang berkat itu bukan manusia yang beri tetapi Allah," katanya. Rico yang bertemu Asma' ketika mereka mengerjakan ibadah haji baru-baru ini mendapatkan penjelasan daripada pendakwah terkenal itu tentang keberkatan mencari rezeki dengan menghasilkan rekaan pakaian seksi seperti dilakukan sebelum ini. Perkongsian Asma' berkenaan telah membuka hati Rico untuk menukar haluan dalam rekaannya supaya tidak lagi menghasilkan pakaian seksi untuk pelanggan wanita. Ia satu tamparan hebat pernah saya alami. Bayangkan seorang pelanggan boleh dapat paling kurang, RM3,500 hingga RM5,000 RICO RINALDI PEREKA FESYEN Sementara itu, Rico berkata, mendengar penjelasan Asma' itu membuatkan dirinya berasa takut dan cuba istiqamah dalam menghasilkan rekaan pakaian wanita selepas ini. "Benda yang sepatutnya boleh jadi pahala mungkin bertukar sebaliknya. Takut memang takut. Saya cuba istiqamah dan amat mengharapkan sokongan anda. Rico antara pereka fesyen popular yang sering menghasilkan baju selebriti tempatan. "Saya belajar perlahan-lahan dan pelanggan akan faham," ujarnya. Dalam perkongsian di Twitter itu Rico turut memuat naik perbualan bersama pasukannya dengan memaklumkan kepada pelanggan mereka tidak lagi menerima tempahan baju yang jarang dan mempuyanyi belahan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI