SEJAK kebelakangan ini pasangan selebriti Neelofa dan suami Haris Ismail diduga dengan pelbagai kisah kontroversi tidak kira sama ada berkaitan peribadi mahupun perniagaan yang sentiasa mendapat perhatian netizen. Terbaharu, perniagaan produk inai yang diusahakan pasangan ini dengan nama Innai Nunha terpalit kontroversi apabila mereka dikatakan bersikap tidak adil kepada stokis dan ejen. Perkara tersebut hangat diperkatakan di media sosial apabila sebuah video TikTok tular yang mendakwa pihak pengurusan meminta bayaran tunai daripada stokis dan ejen jika mahu mendapatkan produk berkenaan. Neelofa bagaimanapun menyangkal tuduhan itu ketika bersiaran langsung di TikTok bersama Haris. Tangkap layar siaran langsung Neelofa yang menjelaskan mengenai produk inai Nunha. "Bayaran ini bukan paksa atau anda hanya boleh bayar cara ini sahaja, secara online (dalam talian) sahaja. Kita bagi kebebasan. Anda boleh pilih. "Jadi jangan ada isu-isu macam ini sebab kami bagi banyak pilihan dan kelonggaran untuk anda (stokis dan ejen). Kita bukan paksa anda nak bayar online atau tunai, kita bagi pilihan untuk anda buat keputusan," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tutup wajah Bilal, Neelofa elak anak kena kerumun... Risau kesihatan mental terjejas ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa rancang pindah ke Mesir, ikut suami sambung belajar... Mahu besarkan Bilal di tanah Arab Sementara itu, menerusi Instagram Haris, pendakwah bebas itu memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang wanita dikenali sebagai Wani kerana dipercayai membuat kenyataan berbaur fitnah terhadap mereka. "Ini konon-konon expose (pendedahan) perkara-perkara yang timbul fitnah kita paksa bayar dan sebagainya. Sejak kebelakangan ini nama Neelofa sering menjadi sebutan netizen di media sosial. "Bukan dari kami arahan ini dan perkara ini dah memalukan kami sekali lagi seluruh Malaysia tuduh kita buat benda salah dan sebagainya. "Memang saya banyak berdiam tetapi dengan fitnah yang kali ini saya tidak akan berdiam tindakan lawyer (peguam) akan diambil secepatnya," tulis Haris di Instagram. Bukan sekadar perkara melibatkan Innai Nunha yang menjadi perhatian namun tindakan Neelofa meminta agar menyekat pengguna TikTok dikenali sebagai Diana ketika siaran langsung dilakukan turut mendapat perhatian netizen. "Tolong block si Diana ni, serabut betul komen dia," ujarnya. Hasil daripada tinjauan mStar di Twitter komen tersebut dipercayai terkait dengan seorang selebriti tempatan dan menjadi perdebatan dalam kalangan warganet mengenai tindakan tersebut. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI