LANGKAH penyanyi Elyana melepaskan tudungnya sejak beberapa hari lalu mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial yang memberi pelbagai komen kerana terkejut dengan tindakannya itu. Biasalah apabila isu membabitkan tudung dan aurat dalam kalangan selebriti wanita, sudah pasti akan munculnya ramai ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ tidak bertauliah yang memberi pelbagai komen, kutukan dan sindiran. Elyana juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa terbaharu kecaman netizen apabila ramai menyuarakan pandangan mereka sehingga membuatkan penyanyi itu terpaksa menutup mulut mengenai keputusan tersebut ketika ditemui media dalam sebuah program pada Selasa lalu. Penyanyi lagu Kalis Rindu itu berkata dia mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana sekiranya dia berbuat demikian, lebih banyak isu dan cerita tidak masuk akal akan timbul. Ada yang menasihatkan Elyana agar mencontohi beberapa selebriti tempatan lain yang kalis kecaman. "Demi menjaga jiwa sendiri, saya tidak mahu terangkan apa-apa," katanya. Elyana juga tidak peduli dengan kata-kata kecaman netizen yang akan diterimanya berhubung tindakan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: ”Baik atau buruk saya tanggung sendiri” - Elyana tampil tidak bertudung, enggan ulas demi jaga jiwa sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Pendengaran dan penglihatan mula terjejas, Elyana kongsi kesan sampingan 12 tahun lawan kanser Hasil tinjauan mStar di Instagram, terdapat pelbagai pandangan warganet yang membuat penilaian sendiri seakan-akan cukup memahami apa yang dilalui oleh Elyana sehingga dia mengambil keputusan. Bagaimanapun di sebalik komen pedas ditinggalkan tetap terselit nasihat yang boleh dijadikan panduan buat kita semua. Antara komen-komen pedas netizan ialah; Sebahagian komen netizen yang mengkritik keputusan Elyana untuk tidak mengenakan tudung. "Kanser itu bakal ada lagi... Sekarang memang dah bebas tapi benih-benih kanser tetap ada cuma tak aktif. Tunggu di sakit balik nanti kita sembur! Benda wajib tetap wajib. Bagilah beribu alasan pun hukum tetap hukum. Bukan tidak mahu menilai tetapi benda yang haq kita kena cakap supaya jadi tauladan. "Betul-betul lagi satu cakap macam ini. Kaum Yahudi dulu macam inilah bila Nabi tegas atau larang... Kalau benda tidak boleh tegur dah lama Nabi tidak tegur. "Dunia semakin hampir kiamat kak. Di mana yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan. Dunia akhir zaman, janji tugas akak dah selesai untuk menegur dia sesama Islam. "Tutup aurat tu wajib tak kira apa pun. Takkan nak jawab dengan munkar nakir nak jadi diri sendiri kalau disoal dalam kubur nanti," kata netizen di Instagram. Meskipun dihujani dengan pelbagai komen negatif, tetap ada netizen yang memberi sokongan dan dorongan buat Elyana. Biarpun dibanjiri dengan komen pedas, terdapat juga individu yang tetap memberi sokongan penuh kepada Elyana dan menasihatkan agar masyarakat jangan terlalu cepat menilai seseorang apatah lagi sebelum ini ramai bersimpati dengan perjuangannya melawan kanser selama 12 tahun. Ini kata mereka; "Jangan macam ini, lagi berdosa kalau kita berpura-pura dengan Tuhan, biar jadi diri sendiri. I love you Elyana. "Apa-apa pun keputusna, sama ada baik atau buruk biarlah empunya diri sahaja yang menilai. Jangan kerana benda ini kita terus mencaci, mengutuk. Kalau kita lima waktu pun on off, tiada beza juga, kan? "Kita berdoa sahaja sesama kita okay. Jangan kita lemparkan kata-kata tidak baik sebab kita sendiri yang berdosa nanti," kata warganet yang lain pula. Elyana memuat naik gambarnya yang tidak bertudung di Instagram pada Sabtu lalu. Bagaimanapun masih ada juga netizen yang husnuzon dengan keputusan dibuat Elyana itu dengan mengatakan dia perlu mencontohi rakan artis lain yang tidak terkesan dek komen-komen netizen. "Sebenarnya cantik je kalau nak pakai subang besar dengan bertudung... Dia tengah serabut kot contohlah Neelofa dia memang kalis kecam sebab tu dia berjaya. "Masa sakit bertudung bagai kalau kau tu tak boleh nak pakai tudung jangan gatal pakai," tulis netizen. Sebelum ini Elyana membiarkan peminat berteka-teki mengenai penampilan baharunya apabila memuat naik gambar tidak mengenai tudung di Instagram sekali gus memadam ruang komen. Apa-apa pun keputusan dibuat Elyana sama ada baik atau pun buruk pastinya sudah difikirkan secara mendalam. Sebagai peminat, kita hanya boleh mendoakan yang terbaik buat dirinya dan tidak asyik melihat salah orang sahaja. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI