SAMBIL menangis teresak-esak, usahawan kontroversi Datuk Aliff Syukri mengumumkan mengundur diri daripada semua laman sosialnya. Aliff menerusi dua video yang dimuat naik di Instagram miliknya turut memohon maaf kepada ibu, Rozita Ibrahim, isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan anak-anaknya atas kekhilafannya selama ini. "Mohon keampunan dan kemaafan. Kepada semua yang mengenali saya, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki saya mohon maaf. "Saya juga nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki terutamanya kepada emak saya, isteri dan anak-anak saya. Aliff turut memohon maaf kepada semua pengikutnya. "Saya insan yang lemah... Saya akan mengundurkan diri daripada semua laman sosial dan terima kasih semua yang sentiasa menyokong saya dari dulu sampai sekarang," katanya. Dalam video tersebut, Aliff turut memberitahu keputusannya itu turut dibuat demi keluarganya dan ia dugaan berat buat dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri berani goyang ghairah dengan Baby Shima, netizen ingatkan tentang iman... “Fikir perasaan anak dan isteri” ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu akan terduduk dan menyesal” - Da’i Wan Dazrin kembali tegur Aliff Syukri, marah sebab prihatin Aliff turut memohon pengikutnya sentiasa mendoakan perniagaan dan keluarganya selain berharap tindakannya mengundurkan diri akan membuat semua tenang dan bahagia. "Kalau jumpa di luar tegur-tegurlah saya. Saya minta maaf sangat. Video teaser single terbaharunya bersama Baby Shima dikecam hebat netizen. "Terima kasih atas sokongan anda selama ini dan doakan perniagaan dan anak-anak saya," katanya. Keputusan Aliff itu dipercayai dibuat selepas dia menerima kecaman hebat netizen yang tidak berpuas hati dengan video teaser lagu terbaharunya bersama penyanyi Baby Shima yang dimuat naik di TikToknya pada Khamis. Video tersebut dihujani dengan pelbagai kecaman netizen yang kurang bersetuju dengan aksi keterlaluan Shima bergelek selain sikap Aliff yang tidak serik selepas pernah dihentam atas tindakan sama sebelum ini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI