suria

[VIDEO] “Korang tak boleh tengok aku lawa sangat” - Ifa Raziah ‘naik hantu’ jawab kontroversi bergelek di majlis akikah, sempat lagi sindir wartawan

GARA-GARA menari dan bergelek sakan di sebuah majlis akikah, penyanyi dangdut Ifa Raziah menerima kecaman hebat netizen di media sosial.

Aksi Ifa menari bersama rakan baiknya iaitu Kak KM diselar netizen kerana dianggap tidak menghormati majlis agama dan menjatuhkan maruah wanita.

Tampil menjawab mengenai isu berkenaan, Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 46, menjelaskan sebagai seorang penyanyi dangdut, tarian gelek itu sudah menjadi kebiasaan buat dirinya.

ifa 2

Ifa jelaskan isu tarian gelek.

Kata Ifa, tarian itu dilakukan bukan semasa majlis akikah, sebaliknya dalam acara berlainan iaitu sambutan ulang tahun perkahwinan rakannya yang juga merupakan penganjur majlis berkenaan.

"Kamu semua kenal saya sebagai penyanyi dangdut, mestilah kena gelek! Jadi apa masalahnya sekarang ini saya bukan penyanyi nasyid.

"Memang dalam satu majlis tu ada dua acara, awalnya sebelum Maghrib adalah majlis akikah, dah selesai semuanya malam itu disambung majlis bersanding sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Wakil penerbit ‘Mat Kilau’ sudah hubungi Adi Putra sejak semalam tapi tidak berjawab... Minta penjelasan enggan ke Jakarta

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Air mata Ali XPDC tumpah kenang tiba-tiba jatuh sakit, masih sukar bercakap dan membaca

"Saya dijemput malam itu bersama beberapa lagi rakan artis lain. Sebelum saya, ada Liza Hanim buat persembahan, selepas itu Zulin panggil untuk perform!

"Takkanlah aku nak duduk saja, apa masalahnya aku bergelek bukan ada orang jantan (lelaki) pun kat sana," katanya kepada mStar.

Korang tak boleh tengok aku cantik, banyak job, walaupun umur dah senior tapi masih nampak muda.

IFA RAZIAH

PENYANYI

Sementara itu, Ifa berkata apa sahaja yang dilakukan menimbulkan rasa kurang senang netizen yang cemburu dengan kecantikan dan kejayaannya pada hari ini.

"Ketika majlis itu ada ke baju saya terdedah dan seksi? Cuma tak bertudung saja tapi mata korang tak kena sebab tengok aku lawa sangat.

"Korang tak boleh tengok aku cantik, banyak job, walaupun umur dah senior tapi masih nampak muda.

ifa 3

Ifa dan Kak KM (kiri) dikecam netizen menari di majlis akikah.

"Yang cakap tak ingat Tuhan, kau tahu ke aku ingat Tuhan? Solat lima waktu? Kau pun belum tentu ingat Tuhan. Okaylah lepas ni aku tukar jadi penyanyi marhaban pula," ujarnya.

Sementara itu, penyanyi lagu Ser Ser Ser ini sempat menyindir segelintir wartawan dan blogger yang hanya sukakan berita kontroversi berbanding liputan karier seninya.

"Gahnya Ifa Raziah daripada awal karier dipenuhi berita sensasi dan kontroversi sehingga hari ini, walaupun saya tidak sensasikan cerita tetapi orang yang sensasikannya.

"Semua netizen ceduk content saya... para wartawan pun sama tiada content lain ke nak temu bual saya mengenai perkara baik.

"Sudah tiada idea ke nak tanya soalan semuanya nak curi content, saya selaku artis senior rasanya tidak perlukan wartawan. Saya cakap secara umum kepada semua wartawan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain