suria

“Isteri jadi pelakon sampingan” - Netizen dah muak layan drama Aliff Syukri tapi tertunggu-tunggu episod seterusnya

Isteri juga kena tempias kecaman gara-gara tindakan Aliff.

DIANGGAP sengaja mencari kontroversi bagi tujuan ‘marketing’, ramai dalam kalangan netizen dilihat tidak lagi percaya dengan perkongsian video permohonan maaf usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri di laman Instagram pada malam Jumaat.

Malah pendedahan Aliff, 35, tentang masalah kesihatan mental yang dialami juga bagaikan tidak mendapat simpati orang ramai.

Seakan-akan mengulangi ‘drama’ sama, rata-rata netizen meninggalkan komen kecaman hingga ada yang memberikan kata-kata buruk berharap usahawan itu benar-benar sakit dan meninggal dunia.

aliff isteri 2

Kecaman netizen terhadap Aliff.

“Kita tengok sahaja episod seterusnya. Dah berkali-kali. Macam sudah tiada makna kemaafan yang dipohon. Isteri pun jadi pelakon sampingan.

“Kubur dan siap korek. Bila tuan badan nak sampai? Semoga dipermudahkan pengkebumian nanti.

“Tipu semua ini. Air mata sotong sepatutnya warna hitam,” komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tengah bodohkan satu Malaysia!” - Individu ‘pecah lubang’ Aliff Syukri guna gambar pil miliknya

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu malu tindakan Aliff Syukri, minta segera bertaubat... Nasihat padam semua video menari gelek

Lebih membuat netizen bengang apabila terbongkar perkongsian foto ubat-ubatan di Instagram Aliff rupa-rupanya gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter pada tahun 2020.

Selepas memohon maaf secara terbuka, Aliff memadam semua video dan foto lama di Instagram dan turut membuat keputusan untuk tidak lagi aktif di platform sosial media berkenaan.

"Selamat tinggal Instagram, awak adalah permainan terindah buat saya. Bukan senang nak berpisah dengan awak.

Tipu semua ini. Air mata sotong sepatutnya warna hitam

NETIZEN

"Saya insan kerdil yang banyak dosa. Saya sebenarnya ada sakit mental tahap dua. Saya tak tahan dah.

“Dari kosong sampai tahap ini saya reda dan ikhlaskan demi kebaikan semua," tulisnya.

aliff syukri 1

Aksi kurang sopan Aliff dan Baby Shima dikritik ramai.

Aliff sebelum itu mendapat kecaman hebat netizen selepas dia memuat naik teaser lagu duet bersama Baby Shima berjudul Baby Sayang.

Awal tahun lalu, penyanyi lagu Cuba Bahagia berjanji untuk tidak lagi melakukan kontroversi dan memohon maaf atas apa jua kesilapannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain