suria

Sekejap sangat undur diri! Aliff Syukri kembali di IG, muat naik video menari dengan batang mop

Aliff Syukri kembali dengan video terbaharu di Instagram.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri yang sebelum ini mengumumkan tidak lagi aktif di media sosial nampaknya seperti cakap tidak serupa bikin.

Mana tidaknya, Aliff kembali memuat naik sebuah video teaser selepas empat hari memadam semua hantaran di Instagram dengan tujuan untuk mempromosikan lagu terbaharunya, Baby Sayang.

Dalam video tersebut, kelihatan Aliff sedang menari dengan sebatang kayu mop dipercayai sebagai menyindir ekoran dia menerima kecaman bergelek dengan Baby Shima sebelum ini.

"Kalau macam ini okay tak? Nantikan esok (Rabu) 12 tengah hari untuk video penuh," kongsi Aliff di Instagram.

553 (1)

Aliff sebelum ini dikecam hebat ekoran memuat naik video teaser bersama Baby Shima.

Sementara itu, beberapa jam sebelum itu, Aliff menerusi Instagram Story turut memberitahu ingin menjual akaun Instagramnya dengan harga RM500,000.

Tentu sahaja tindakan terbaharu itu mengundang kritikan netizen yang rata-rata sudah menjangkakan Aliff hanya berdrama ketika mengumumkan pengunduran diri serta meminta maaf sambil menangis teresak-esak.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri umum tinggalkan media sosial, sambil menangis teresak-esak mohon maaf dengan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri jadi pelakon sampingan” - Netizen dah muak layan drama Aliff Syukri tapi tertunggu-tunggu episod seterusnya

Namun ada juga meluahkan rasa simpati kerana merasakan usahawan itu bermasalah dan perlukan bantuan.

"Sembang la nak padam semua sosial media ni semua, hendak perhatian je. Korang tidak perlu la like atau komen selepas ini.

Aliff Jual IG

Sebelum tampil dengan video teaser terbaharu, Aliff ingin menjual Instagramnya dengan harga RM500,000.

"Bukan hari itu nak tutup semua akaun ke?

"Ubat ungu haritu habis dah ke awak? Kejap sangat undurkan dirinya, dah makan ubat belum?

"Kata nak buang semua media sosial. Awak menipu," kata netizen di ruangan komen.

Pada masa sama ada juga yang memberi sokongan kepada Aliff dan memuji sikap usahawan tersebut kerana tidak terkesan dengan kecaman masyarakat.

553

Drama air mata Aliff pada Jumaat lalu tidak bertahan lama.

"Hebat. Datuk orang paling kalis kecaman sanggup buat apa saja dekat Malaysia ini. Maruah mana maruah, apa ada maruah yang penting masyuk ya Datuk," jelasnya.

Sebelum ini Aliff menerusi akaun media sosialnya membuat pengumumkan untuk mengundurkan diri sambil menangis dan memohon maaf atas apa yang telah berlaku.

Mengakui diri sebagai insan yang lemah, Aliff mengambil keputusan untuk mengutamakan keluarga berbanding dirinya sendiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain