MINGGU lalu nama penyanyi Ifa Raziah kembali hangat apabila dikecam netizen ekoran tampil mengadakan persembahan sambil bergelek dalam sebuah majlis akikah. Meskipun sudah menjelaskan persembahannya itu bukan dibuat semasa majlis tersebut namun masih ramai menganggap tindakannya itu tidak sopan. Bercakap kepada media, Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 46, menjelaskan dia sudah dibayar sebanyak RM20,000 bagi membuat persembahan dan menjadi tanggungjawabnya untuk menghiburkan tetamu. Malah katanya, sebagai penyanyi dangdut tarian dan gelek adalah sebahagian daripada persembahan dan ia yang memberinya makan sepanjang bergelar artis. Kemunculan Ifa dalam sebuah majlis sebelum ini menimbulkan perasaan kurang senang netizen. Kenyataan itu bagaimanapun mendapat perhatian pendakwah terkenal Ahmad Dusuki Abd Rani yang mempersoalkan sama ada tarian gelek di hadapan khalayak itu boleh mendapat pahala. Kata Ahmad Dusuki, jika harta seseorang itu hanya mengenyangkan perut, maka tergolek-goleklah ia di akhirat kelak menjawab di hadapan Allah lebih-lebih lagi hartanya daripada sumber mengelek punggung di khalayak ramai. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Korang tak boleh tengok aku lawa sangat” - Ifa Raziah ‘naik hantu’ jawab kontroversi bergelek di majlis akikah, sempat lagi sindir wartawan ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Air mata Ali XPDC tumpah kenang tiba-tiba jatuh sakit, masih sukar bercakap dan membaca "Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke? Bangganya kau!," tulisnya. Dalam pada itu, Ahmad Dusuki berkata, tidak semua perkara yang mendatangkan wang boleh menjadi keuntungan dalam kehidupan seseorang. Berkongsi artikel mengenai kenyataan Ifa di Facebook miliknya, Ahmad Dusuki meluahkan kebimbangan wang yang dibawa masuk itu akan menjadi kecelakaan di masa depan. Ahmad Dusuki buat teguran terbuka di Facebook. "Setiap mukmin akan di soal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan ke mana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah," katanya. Terdahulu menerusi temu bual bersama mStar, Ifa menyangkal dakwaan membuat persembahan itu ketika majlis akikah sebaliknya dalam acara berlainan iaitu sambutan ulang tahun perkahwinan rakannya yang juga penganjur majlis berkenaan. "Memang dalam satu majlis tu ada dua acara, awalnya sebelum Maghrib adalah majlis akikah, dah selesai semuanya malam itu sambung majlis bersanding sempena ulang tahun perkahwinan mereka. "Apa masalahnya saya bergelek bukan ada orang lelaki pun kat sana," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI