SEKIAN lama menyepi daripada dunia hiburan, nama Jeslina Hashim tiba-tiba menjadi bualan warganet ekoran tindakan penyanyi itu memuat naik gambarnya yang menjolok mata di Instagram baru-baru ini. Gambar tersebut dimuat naik ketika penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu bercuti di Bali, Indonesia. Menerusi foto berkenaan memperlihatkan Jeslina, 44, sedang bersantai di atas sebuah kapal dalam gaun berwarna putih namun potongan pakaian itu mendedahkan seluruh bahagian paha dan pinggulnya. Namun itu bukanlah satu-satunya gambar memperlihatkan Jeslina berpakaian seksi malah pelakon filem Seri Dewi Malam itu banyak berkongsi gambarnya yang berpakaian seksi atau berbikini ketika bercuti di pulau. Imej pelakon dan penyanyi ini memang seksi. Bagi yang sudah lama tidak melihat kelibat penyanyi itu, foto terbaharu ibu kepada dua cahaya mata itu membuatkan ramai bungkam mata kerana imejnya ketika meniti populariti sebagai penyanyi dan pelakon tidak seperti itu. Rata-rata terkenang imejnya yang sopan selain sentiasa kelihatan manis selain suaranya yang lembut. ARTIKEL BERKAITAN: Video dipeluk wanita tular, peminat Indonesia beri penjelasan sudah minta izin... Meerqeen dinasihatkan jaga batasan ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam jahil agama, Ifa Raziah memang sengaja ‘menunjuk’ buat live ketika solat "Dulu minat sangat dengan Jeslina kerana suaranya yang lembut selain penampilannya yang sederhana dan tidak keterlaluan. "Sepatutnya makin tua, makin sedar diri, Banyakkan amalan. Artis-artis muda yang lain kebanyakan dah berhijab, mencari ke arah kebaikan yang ini makin menjadi-jadi. "Dunia ini sementara sahaja, pesanan kepada diri sendiri juga," komen netizen di media sosial. Menyedari gambar tersebut mula menjadi perhatian ramai, Jeslina dilihat menutup ruangan komen pada gambar tersebut. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI