suria

Bantah penganjuran konsert Blackpink di Kuala Lumpur, PU Syed usul adakan himpunan bantahan

PU Syed membantah penganjuran konsert Blackpink yang dijadualkan berlangsung pada Mac tahun hadapan.

PENDAKWAH bebas PU Syed menyatakan bantahan terhadap penganjuran konsert kumpulan Kpop popular iaitu Blackpink yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 Mac 2023.

Tegas dengan pendirian tersebut, Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, turut merancang untuk mengadakan himpunan bantahan sekiranya konsert tersebut masih diteruskan.

"Kerajaan wajib halang kumpulan ini menjejakkan kaki ke bumi Malaysia atau kami akan usahakan untuk buat himpunan bagi membantah kehadiran mereka ini," katanya.

Syed bersuara mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya yang turut berkongsi paparan perbualan dengan seseorang tentang kebimbangan penganjuran konsert berkenaan.

black pink 2

Kuala Lumpur menjadi salah satu lokasi Born Pink World Tour.

Dalam pada itu, Syed berkata, dia bimbang konsert berkenaan boleh merosakkan akhlak dan menjadi tanggungjawabnya untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

"Mac 2023 bukan lama lagi. Bermula daripada sekarang gerakkan untuk halang mereka ini, keselamatan akidah dan akhlak umat Islam perlu dijaga.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Syed sokong Janna Nick bina pusat tahfiz, pesan netizen jangan nilai halal dan haram rezeki artis

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat 'bengang' konsep muzik video Blackpink hampir sama dengan Aespa

"Jika orang bukan Islam di Malaysia yang mahu berhibur, silakan pergi ke Korea atau ke mana sahaja, tetapi jangan di Malaysia," jelasnya.

Menerusi ruang komen, ramai bersetuju dengan pendapat yang disuarakan oleh Syed dan berharap kerajaan akan mengambil tindakan dengan tidak membenarkan konsert itu diadakan di Kuala Lumpur.

Ada juga yang menyarankan agar sebuah program keagamaan besar-besaran diadakan pada hari sama konsert berlangsung bagi menarik minat anak muda untuk hadir dan mendapat manfaat daripadanya.

Bermula daripada sekarang gerakkan untuk halang mereka ini, keselamatan akidah dan akhlak umat Islam perlu dijaga.

PU SYED

PENDAKWAH BEBAS

"Apa kata tarikh konsert berlangsung kita anjurkan ceramah besar-besaran. Panggil ustaz popular dan kita tarik anak muda untuk menyertainya.

"Apatah lagi dah dekat bulan Ramadan. Semoga pihak berwajib dapat menghalang kemasukan mereka ke negara ini.

"Memang kena halang ni. Makin melampau dan harap dapat dibenteras lebih awal," antara komen netizen.

Kehadiran Blackpink ke negara ini adalah bersempena dengan Born Pink World Tour selepas kali pertama mengadakan konsert di Shah Alam pada Februari 2019.

Selain Kuala Lumpur, Blackpink dijangka mengadakan konsert di Bangkok, Singapura, Jakarta, Riyadh dan Abu Dhabi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain