suria

“Cari balik malu dan simpan baik-baik” - Eyka Farhana tampil nampak pusat, beraksi seksi dalam kempen pakaian dalam

Di sebalik pujian cantik, ada juga yang kurang senang dengan gaya Eyka.

BELUM pun reda kontroversi yang melanda beberapa artis tanah air, Eyka Farhana pula menyertai senarai kecaman netizen apabila tampil dengan aksi seksi dalam sebuah video kempen pakaian dalam sebuah jenama terkenal di Instagram.

Menerusi video tersebut, Ekya dilihat mengenakan sports bra serta seluar dalam berwarna kelabu yang dipadankan dengan seluar dan jaket denim.

Penampilannya itu turut mempamerkan sebahagian perut dan pusatnya sambil beraksi manja dan terbaring di sofa bagi memperlihatkan pakaian dalamnya.

eyka 2

Eyka sebelum ini juga pernah dikecam kerana berpakaian seksi.

Di sebalik ada yang memuji tubuh badan Eyka yang cantik, namun video berkenaan telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan 1.8 juta pengikutnya di Instagram.

Rata-rata mengkritik tindakannya itu selain menganggap Eyka tidak sepatutnya merendahkan diri terlibat dalam kempen tersebut meskipun ia sebuah jenama terkenal antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Eyka Farhana jelaskan gambar seksi diambil sebelum Ramadan, terpaksa ‘post’ sebab komitmen kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Imej semakin seksi, Eyka Farhana selesa jadi diri sendiri... Tidak pernah pakai baju nampak lurah

"Iklan kelas mat salleh, tapi itulah, modelnya orang Melayu kita. Islam pula tu.

"Ini dinamakan ujian kemewahan hidup apabila menjadi 'hot'. Ingatlah wahai kaum hawa, ribuan mata sedang melihat aurat anda. Tak tertanggung jutaan tahun.

"Malu dah hilang mana dik? Kasihan sudah tiada perasaan malu. Klau ada malu tentu tak jadi macam ini. Nanti cari malu balik ya? Simpan dia baik-baik," tulis netizen.

Kalau ada malu tentu tak jadi macam ini. Nanti cari malu balik ye. Simpan dia baik-baik!

NETIZEN

Video berkenaan dimuat naik Eyka di Instagram miliknya pada malam Isnin dengan kapsyen My comfort of confidence.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Wan Atiqa Farhan Wan Sarmizi ini dilihat telah menutup ruangan komen selepas mendapat banyak kecaman netizen.

Ini bukan kali pertama Eyka terpalit dengan kontroversi malah sebelum ini pernah dikecam hebat ekoran berkongsi gambar seksi ketika bulan Ramadan.

Mengulas mengenai penampilan dan citarasa fesyen, Eyka memberitahu dia memilih apa sahaya yang ingin dipakai mengikut keselesaan sendiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain