suria

[VIDEO] Sengketa antara Studio Kembara selesai, Adi Putra sudah bersemuka penerbit ‘Mat Kilau’ di Jakarta

PELAKON Datuk Adi Putra menjelaskan konflik di antara dirinya dengan pihak Studio Kembara Sdn Bhd sudah selesai dan tidak lagi menyimpan perasaan marah atau dendam.

Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 41, berkata, dia enggan terus memanjangkan masalah yang timbul sebelum ini kerana ia mampu memberi kesan negatif terhadap dirinya.

"Di pihak saya memang sudah tiada sebarang masalah. Tidak tahu pula di mereka sebelah sana. Dalam ukhwah bersaudara, saya sentiasa bersilaturahim.

"Saya lebih senang ambil sikap forgive and forget. Hidup kena ke depan, tak perlu nak ambil sebarang langkah untuk balas semula. Saya tidak mahu imbas apa yang telah terjadi kerana ia boleh beri kesan negatif," katanyta kepada mStar.

WhatsApp Image 2022-08-29 at 5.09.11 PM

Adi enggan lagi mengenang kejadian yang berlaku kerana ia boleh memberi kesan negatif kepadanya.

Adi berkata demikian ketika majlis pelancaran produk minyak aromaterapi jenama Amrani di Kuala Lumpur pada Isnin.

Terdahulu, Adi menerusi Instagram meluahkan rasa kesal terhadap pihak Studio Kembara yang gagal dihubungi sehingga pelakon itu mengambil keputusan untuk tidak menyertai rombongan promosi filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di Jakarta, Indonesia pada 26 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Adi Putra, Johan As’ari tiba di Jakarta promosi ‘Mat Kilau’ atas jemputan Finas dan wakil pengedar di Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Tak jawab 11 panggilan wakil penerbit, Adi Putra masih terkilan dan tetap pendirian enggan ke Indonesia promosi ‘Mat Kilau’

Bagaimanapun atas jemputan rakan baik dan wakil pengedar filem itu di Jakarta, Adi berangkat ke Indonesia bersama pelakon Johan As'ari menggunakan wang sendiri.

Dalam pada itu, Adi berkata, ada berjumpa dengan wakil Studio Kembara ketika majlis tayangan perdana filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 26 Ogos lalu.

Adi berkata, pertemuan berlangsung secara profesional tanpa sebarang pertikaian lanjut berhubung insiden yang berlaku sebelum ini.

"Kami ada berjumpa di sana. Saya buat macam biasa sahaja. Tiada apa pun yang hendak saya marahkan atau simpan dalam hati lagi. Kita perlu bersikap profesional," jelasnya.

WhatsApp Image 2022-08-29 at 5.08.24 PM

Adi ketika pelancaran minyak aromaterapi jenama Amrani.

Mengulas mengenai masalah yang timbul, Adi berkata, komunikasi sangat penting bagi mengelak sebarang salah faham di antara dua pihak.

Kata Adi, masalah yang berlaku juga tidak membuatkan dia berasa serik untuk bekerjasama dengan pihak Studio Kembara dan terbuka sekiranyta ditawarkan naskhah yang baik.

"Dalam hidup ini komunikasi sangat penting. Kalau perkara itu tiada, ibaratnya seperti telefon tanpa talian.

"Saya masih terbuka untuk bekerjasama dengan mereka. Bagaimanapun ia bergantung kepada skrip dan pengarahnya. Saya seorang yang sangat cerewet memilih tawaran berlakon," jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai produk Amrani, Adi berkata, ia didatangkan dalam tiga wangian berbeza dan ia sudah pun dijual secara atas talian di www.grampasia.com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain