TINDAKAN lepas tangan seorang kenalan menyebabkan penyanyi Sufi Rashid mengalami kerugian kira-kira RM4000 apabila individu berkenaan enggan menyelesaikan kerja-kerja ubah suai ruang kedai yang disewa bersama. Menurut Sufi atau nama sebenarnya Muhammad Sufi Rashid, 31, ruang berkenaan merupakan sebahagian dari pejabat urusan perniagaan milik isterinya, Nurulain Md Yusof yang disewa untuk dijadikan kafe. Selepas empat bulan beroperasi, individu terbabit membuat keputusan untuk tidak lagi menjalankan perniagaan di situ dan meninggalkan tempat berkenaan tanpa melakukan ubah suai serta pembersihan seperti mana keadaan asal. Antara perkongsian Sufi di Instagram selepas ruang berkenaan ditinggalkan. "Dia merupakan seorang kenalan lama. Pada awalnya semua okay sahaja, bagaimanapun lama-lama banyak hal yang timbul. "Kemudian dia buat keputusan untuk keluar dari tempat tersebut dan semestinya saya minta dia bersihkan dan ubah semula seperti mana keadaan asal. "Namun sehingga hari ini semuanya masih tertangguh dan dia tinggalkan begitu sahaja. Kalau dikira-kira rasanya lebih kurang RM4,000 juga kos kerugian yang terpaksa saya tanggung," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Baru tiga tahun pakai, Sufi Rashid dah nak jual kereta Audi - “PKP memang terkesan... tapi syukur tak bergantung kerjaya seni” ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Asyraf buat laporan polis... Individu menyamar sebagai dirinya perdaya 4 orang wanita, sampai sanggup bagi alamat Sebelum itu, Sufi berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya pada Khamis. Gagal menghubungi individu berkenaan, Sufi bagaimanapun enggan membuat laporan polis dan berharap pihak terbabit akan segera memberi maklum balas menyelesaikan isu ini. "Tak perlu rasanya untuk saya buat laporan polis kerana nilai kerugian tidaklah terlalu tinggi. Cuma saya harap dia dapat selesaikan semua masalah ini. Isteri saya menangis apabila keadaan sebegini berlaku sebab dia sudah rancang banyak perkara untuk ruang tersebut SUFI RASHID PENYANYI "Saya cuba hubungi namun tidak mendapat sebarang maklum balas. Dia juga sudah sekat saya di Instagram, tak tahu kenapa dia abaikan semua panggilan saya," jelasnya. Akibat tindakan tidak bertanggungjawab itu, Sufi berkata emosi isterinya sedikit terganggu kerana sudah merancang banyak perkara termasuklah meluaskan perniagaan mereka. Isteri Sufi terkesan gara-gara sikap tidak bertanggungjawab kenalannya itu. "Isteri saya menangis apabila keadaan sebegini berlaku sebab dia sudah rancang banyak perkara untuk ruang tersebut. Perkara ini mengganggu emosi isteri kerana tempat itulah dia memulakan perniagaan. "Individu tersebut telah menunjukkan satu contoh yang buruk. Selama ini jika dia ada masalah saya tidak keberatan untuk membantu. Namun akhirnya jadi begini," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI