HARAPAN Nur Sajat untuk bertemu dua anak angkatnya iaitu Syaza dan Syahmi yang setia menanti di Program Pengantin Expo Singapura bertukar hampa apabila usahawan sensasi itu diusir pulang ke Australia sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada Sabtu. Memaklumkan mengenai perkara itu, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, berkata, dia akur terpaksa pulang ke Australia kerana permohonan visa untuk masuk ke negara itu masih belum diluluskan. "Ummi minta maaf sayang, kecewa hati Ummi. Saya tersangkut di lapangan terbang Singapura. Nak jumpa anak-anak pun tak boleh. Sedih sangat, permainan pun saya kena bawa balik... tak boleh serah pada anak. "Saya hormat undang-undang sebab visa yang masih 'pending'. Saya minta maaf," katanya. Sajat memaklumkan mengenai situasi terkini menerusi video di TikTok. Sajat berkata demikian menerusi hantaran video di platform TikTok miliknya yang turut memperlihatkan dia sedang membuat panggilan video bersama anaknya. Menerusi hantaran sama, Sajat berkata, dia sudah melakukan yang terbaik untuk kembali bersatu dengan dua anaknya itu namun terpaksa akur dengan undang-undang Singapura. ARTIKEL BERKAITAN: Terbang ke Singapura, Sajat tahan sebak bakal jumpa anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Sajat tunjuk ‘bunga silat’ elak dicekup polis, siap samakan diri dengan Mat Kilau! Netizen terhibur suruh masuk Maharaja Lawak Kata Sajat, dia terlalu merindui anak-anaknya dan kehadirannya di Singapura adalah satu-satunya peluang untuknya bertemu dengan Syaza dan Syahmi. "Ummi dah buat terbaik untuk kita berjumpa. Ummi datang jauh-jauh untuk jumpa anak-anak Ummi. Ummi akur dengan keputusan, maafkan Ummi sayang. "Dua tahun kita tidak berjumpa, Ummi nak sangat jumpa anak-anak Ummi. Ini sahaja peluang yang Ummi jumpa anak Ummi. Maafkan Ummi sayang. Ummi kena hantar balik ke Australia," luahnya. Maafkan Ummi sayang. Ummi kena hantar balik ke Australia. NUR SAJAT USAHAWAN Terdahulu, tular video memperlihatkan Syaza dan Syahmi muncul di atas pentas program berkenaan sambil menangis menahan kerinduan terhadap Sajat sambil ditenangkan oleh pengacara, Roslan Shah. Sajat yang sebelum itu dalam menahan sebak ketika muncul dalam video siaran langsung memberitahu tidak sabar untuk bertemu dengan anak-anaknya dan dalam perjalanan ke Singapura. Usahawan itu dilaporkan bakal membuat kemunculan di acara itu pada Jumaat lalu namun kelibatnya langsung tidak kelihatan. Anak-anak Sajat membuat kemunculan di pentas Expo Singapura yang menanti kedatangan ibu mereka. Untuk rekod, Sajat pernah mencetuskan misteri apabila gagal dikesan pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 23 Februari tahun lalu. Sajat berjaya meloloskan diri ke Thailand ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP). Persembunyian usahawan itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September 2021 di sebuah kondominium di Bangkok atas tuduhan memiliki pasport tidak sah. Ketika itu, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNCHR) sebelum berhijrah ke Australia. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI