suria

Jamal Abdillah tak muncul di expo Singapura, Roslan Shah terpaksa bayar ganti rugi RM33,000

Nama Roslan terjejas disebabkan Jamal tidak hadir ke Singapura.

PENGACARA Roslan Shah terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM33,000 kepada pihak penganjur Pameran Pengantin Expo Singapura selepas penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah didakwa gagal membuat kemunculan pada acara tersebut yang berlangsung sejak Jumaat lalu.

Roslan yang bertindak sebagai pembantu acara bagi mendapatkan artis jemputan program itu memberitahu, Jamal sebelum ini sudah memberi persetujuan untuk hadir sebagai penampilan istimewa namun gagal berbuat demikian pada saat-saat akhir.

"Sebelum ini beliau sudah beritahu akan hadir ke program tersebut malah pihak penganjur sudah menempah hotel dan tiket penerbangan untuk ke Singapura namun Jamal tidak hadir.

roslan shah 2

Pihak penganjur meminta Roslan bayar ganti rugi.

"Saya dihubungi pihak penganjur tentang hal berkenaan dan telah diminta untuk membayar ganti rugi sedangkan ia bukan salah saya.

"Sebagai seorang penyanyi legenda, Jamal sepatutnya bersikap profesional dan maklumkan lebih awal jika tidak dapat hadir. Sekurang-kurangnya saya boleh mencari pengganti yang lain," katanya kepada mStar.

Tidak hanya Jamal, Roslan mendedahkan pelawak Yassin Yahya juga membatalkan penglibatan sebagai antara seorang selebriti yang akan membuka gerai jualan di expo berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau berlembut, orang pijak kepala kita” - Pemilik butik langsai hutang selepas Azza Elite buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Roslan Shah dituduh kuat ‘propa’, sengaja buat-buat pengsan - “Susah nak agak, dulu dia pernah berlakon macam ni”

Kata Roslan, Yassin memaklumkan tidak dapat menyertai program itu pada saat-saat akhir meskipun promosi tentang penglibatan artis-artis dari Malaysia termasuk dirinya sudah dilakukan terlebih awal.

"Saya dimaklumkan oleh isteri Yassin dia ada masalah dan tidak boleh datang ke Singapura. Dia juga tidak maklumkan lebih awal dan beritahu salah seorang rakan artis lain menggantikan tempatnya di gerai jualan," ujarnya.

Saya dihubungi pihak penganjur tentang hal berkenaan dan telah diminta untuk membayar ganti rugi sedangkan ia bukan salah saya

ROSLAN SHAH

PENGACARA

Sementara itu, situasi tersebut kata Roslan telah menjejaskan nama baiknya dalam kalangan penganjur di Singapura dan semua kesalahan diletakkan di bahunya.

Mengambil iktibar atas apa yang berlaku, Roslan akan lebih peka apabila melibatkan nama-nama artis terkenal dalam mana-mana acara pada masa hadapan.

yassin 1

Yassin membatalkan penyertaan di expo berkenaan.

"Apabila nama artis yang memberi persetujuan sudah diiklankan di radio dan televisyen, orang akan datang untuk mencari mereka.

"Nama saya sendiri jadi buruk kerana mereka akan cara saya jika artis diharapkan tidak hadir. Ini ujian buat saya... walaupun rasa teraniaya, saya akan tetap kuat," katanya.

Dalam pada itu mStar berusaha mendapatkan kedua-dua artis tersebut bagi mengulas perkara ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain