SEBELUM ini, penyanyi Masya Masyitah pernah ditegur peminat ekoran pemakaian yang dianggap pelik dan tidak sesuai untuk wanita bertudung. Namun nampaknya Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, belum serik apabila tampil dengan pakaian yang tidak senonoh sewaktu berada di Dubai. Rata-rata menyifatkan penyanyi lagu Simpanan itu sudah hilang sifat malu apabila tampil dengan pakaian jumpsuit yang dipadankan dengan baju turtleneck berwarna kelabu. Gaya itu turut dipadankan dengan tudung berwarna hitam yang tidak menutupi dada sehingga menampakkan bahagian depan jumpsuit. Ada menganggap jumpsuit dipakainya seolah-olah memakai coli. Apa membuatkan netizen sakit mata dengan pakaian tersebut, ramai mendakwa ia kelihatan seperti bra yang dipakai di bahagian luar. "Bra pakai dekat dalam dik, bukan dekat luar... Kakak sebagai perempuan terasa malu tengok baju adik. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen sakit mata tengok pemakaian Masya Masyitah... fesyen dianggap pelik dan tak sesuai untuk wanita bertudung ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Raihan pun ikut trend tonton video ‘syulit’, ajak peminat tengok konsert... “Selepas ini semakin sulit adik-adik semua melupakan abang Raihan” "Fesyen pun ada batasnya buat seorang muslimah, tak sesuai buat wanita bertudung. Sifat malu jangan buang semua ya adik," tulis seorang netizen. Ada pula di antara pengikutnya mahu Masya kembali kepada imej lama dan teguran dibuat kerana tidak mahu penyanyi itu tersasar jauh hanya kerana terlalu mengikut perasaan dalam berfesyen. Tidak kurang ramai yang berhenti mengikuti akaun Instagram Masya gara-gara foto terbaharunya itu. "Suka Masya yang dulu pakai tudung terlitup. Saya pun tidak sempurna tetapi sebagai umat Islam saya wajib tegur supaya akhirat nanti saya tidak kena soal. "Saya faham Masya hendak berfesyen tetap jangan keterlaluan. Saya doakan kakak kembali bertudung seperti dahulu," tulis pengikutnya. Sementara itu, pada bahagian kapsyen hantaran itu, Masya memberitahu apa yang dirasakan seseorang bukanlah masalahnya. "The way you feel is not my problem," tulisnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI