suria

[VIDEO] Tak pernah ‘sign’ sebarang perjanjian… Noraniza Idris jawab isu penipuan penjualan rumah artis RM10

PENYANYI Noraniza Idris tidak mempunyai sebarang kaitan secara langsung dengan sebuah syarikat pemaju apabila dia didakwa bertindak sebagai penyelaras tawaran perumahan untuk penggiat seni, baru-baru ini.

Noraniza, 54, berkata, dia tidak pernah dilantik secara rasmi sebagai duta projek dikenali sebagai 'Skim Rumahku Syurgaku' itu malah tiada sebarang perjanjian hitam putih pernah dibuat antara pihaknya dengan syarikat tersebut.

"Perkenalan kami (dengan syarikat pemaju) sekitar Ramadan lalu di sebuah majlis berbuka puasa selepas diperkenalkan oleh salah seorang rakan kongsi dengan individu daripada syarikat berkenaan.

"Individu itu berminat untuk menawarkan saya menjadi duta program kebajikan tetapi saya tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian hitam putih," katanya kepada mStar.

Kak Ani 2

Noraniza tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian dengan syarikat tersebut.

Penyanyi irama Malaysia itu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan dirinya terlibat dalam penipuan dalam tawaran rumah berharga RM500,000 secara percuma kepada penggiat seni dalam sebuah sidang media yang diadakan pada malam Rabu.

Penggiat seni yang berminat mendapatkan rumah tersebut dikatakan hanya perlu membuat pembayaran RM10 bagi urusan penyerahan unit kediaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris tangguh Konsert Malai Solo, risau PRU15 makin dekat

ARTIKEL BERKAITAN: Fikry Ibrahim beli kereta baharu demi misi bantuan banjir, terkilan tahun lalu hanya lihat mangsa dari jauh

Bagaimanapun, seorang aktivis wantia dikenali sebagai Mona Dina dalam satu sidang media diadakan menggesa pihak berkuasa membuat siasatan terhadap syarikat berkenaan, bagi memastikan sama ada tawaran itu tulen atau wujud unsur penipuan.

Mona menjelaskan syarikat itu turut melantik dua artis wanita veteran, masing-masing penyanyi dan pelakon bagi menyelaras tawaran 1,000 unit kediaman kepada artis veteran dan kru belakang tabir terpilih.

Dalam pada itu, Noraniza berkata, dia terbuka untuk menerima tawaran itu seara lisan semata-mata dengan niat untuk membantu rakan artis yang lain bagi mendapatkan rumah.

Saya cuba dapatkan penjelasan sebenar daripada pihak pemaju, tetapi nama saya digugurkan daripada perjanjian tersebut.

NORANIZA IDRIS

PENYANYI

"Memandangkan saya memang aktif dalam program kebajikan, saya berniat untuk membantu rakan artis veteran yang masih tidak memiliki rumah sendiri.

"Saya tidak mengetuai projek itu sebaliknya hanya pemudah cara kepada rakan-rakan artis. Saya terima tawaran itu secara lisan dengan niat untuk membantu," jelasnya.

Bercakap lanjut mengenai perkara itu, Noraniza mendedahkan namanya telah digugurkan apabila dia berusaha mendapatkan penjelasan berhubung penularan isu tersebut di media sosial.

WhatsApp Image 2022-09-28 at 10.23.51 PM

Noraniza minta rakan artis berhati-hati.

"Saya cuba dapatkan penjelasan sebenar daripada pihak pemaju, tetapi nama saya digugurkan daripada perjanjian tersebut," katanya.

Sementara itu, Noraniza turut mengingatkan selebriti yang berminat dengan projek tersebut supaya mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Malah katanya, dia juga sudah berpesan kepada rakan artis agar tidak membuat sebarang bayaran lebih daripada RM10 kerana wang berkenaan dimasukkan terus ke dalam akaun peribadi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain