SUSULAN pendakwah selebriti PU Azman dihadapkan ke mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki, selebriti Caprice mendedahkan turut menerima aduan daripada remaja lelaki berhubung insiden sama melalui di Instagram miliknya. Caprice mendedahkan remaja berkenaan mendedahkan pernah menerima direct message (DM) di Instagram mendakwa seorang penceramah selebriti mengajaknya berkenalan di laman sosial itu. Dakwa remaja berkenaan, individu berkenaan turut mengajaknya untuk membuat panggilan video tetapi meminta ia dibuat hanya melibatkan mereka berdua dan mula merasakan ada sesuatu tidak kena dengan perkara tersebut. "Cara dia chat, saya dah rasa tidak selesa sebab tahu ada unsur buruk. Saya cuba elak. Dia ada cakap nak video call tapi berdua sahaja," katanya. Caprice mendedahkan mesej diterima daripada pengikutnya di Instagram. Bagaimanapun dakwa remaja itu lagi, dia tidak pernah mendedahkan perkara itu kepada sesiapa kerana bimbang sesuatu akan berlaku kepadanya. Kata remaja itu, dia mula berani untuk bersuara apabila timbul kes melibatkan pendakwah berkenaan. "Apabila jadi kes begini, saya perlu bersuara. Benda ini dah jadi kepada saya dan saya kena kongsi," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman didakwa atas 5 pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap 2 remaja lelaki ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman muncul selepas sebulan hilang namun kelihatan agak cengkung Menerusi bukti yang ditampilkan kepada Caprice, perbualan itu dipercayai bermula pada 25 Ogos lalu yang antaranya individu itu meminta supaya remaja berkenaan mengikut kembali (follow back) akaun Instagram miliknya. Dalam paparan perbualan itu juga, individu tersebut turut bertanya soalan peribadi kepada remaja tersebut sama ada dirinya seorang lelaki yang baik selain ingin mengetahui sama ada dirinya sudah mempunyai kekasih. Malah individu tersebut turut meminta nombor telefon peribadinya sebelum mengajaknya membuat panggilan video. Ini adalah tidak normal terutamanya apabila melibatkan ustaz. Kita diperbodohkan oleh pakaian mereka. CAPRICE SELEBRITI Selain remaja itu, Caprice turut berkongsi mesej yang diterimanya daripada individu lain yang mempunyai kaitan dengan seorang penceramah selebriti selain pengalaman lampau remaja denganpihak berlatarbelakangkan agama Islam. Dalam pada itu, Caprice atau Ariz Ramli, 34, menerusi Instagram Story turut memuat naik beberapa status mengutuk tindakan dan perbuatan pedofilia atau keinginan seks terhadap kanak-kanak. Caprice juga memberitahu dia turut membuka ruang kepada mana-mana mangsa gangguan seksual untuk berkongsi kisah mereka dengan menghantar video sebagai bukti. "Ini adalah tidak normal terutamanya apabila melibatkan ustaz. Kita diperbodohkan oleh pakaian mereka. Pada Rabu PU Azman mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki. “Akhir zaman bukan sekadar zaman fitnah, tetapi zaman penuh dengan munafik juga. Doa supaya kita dapat hidayah untuk selamatkan umat kita daripada golongan-golongan macam ini yang boleh buat ramai terpesong,” katanya. PU Azman atau Cik Man didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Cik Man bagaimanapun mengaku tidak bersalah dah dikenakan ikat jamin berjumlah RM40,000 atas semua pertuduhan. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Disember depan untuk serahan dokumen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI