suria

Selepas dikecam 'ketawakan' resepi nasi goreng, Nabila Huda akhirnya jelaskan salah faham… "Sepatutnya saya yang kecil hati"

Nabila Huda tampil jelaskan salah faham yang berlaku.

SEJAK beberapa hari lalu, nama pelakon Nabila Huda menjadi perbualan hangat netizen ekoran tindakannya mentertawakan resepi nasi goreng yang disediakan seorang pengguna di aplikasi TikTok.

Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, 37, menjelaskan dia tidak berniat untuk mengutuk masakan tersebut, namun lebih tertarik dengan tajuk yang ditulis wanita berkenaan.

"Saya tidak berniat untuk mencaci atau mengutuk masakan awak. Yang buat saya ketawakan adalah awak mengggunakan tajuk nasi goreng viral Nabila Huda untuk posting awak tapi tidak ikut resepi yang saya tunjukkan.

Nabila Huda dikecam gara-gara ketawakan resepi nasi goreng.

"Macam mana awak boleh menggunakan nama saya dalam resepi yang bukan cara saya. Kalau ikutkan, saya yang sepatutnya kecil hati. Tapi saya geli hati tengok gelagat awak semua yang kreatif masak nasi goreng saya dengan cara masing-masing," katanya.

Nabila menjelaskan mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Sebelum ini, menerusi Instastory Nabila memuat naik video dia dan suami ketawa menonton masakkan seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap protes penganjuran konsert artis antarabangsa tidak matang, Nabila Huda minta fokus isu lebih penting

ARTIKEL BERKAITAN: “Nabila, hidup ini bukan lakonan ada larangan perlu ditinggalkan...” - Pendakwah bidas Nabila Huda isu konsert Blackpink

Gara-gara video itu, ramai yang kurang senang dengan cara Nabila yang dilihat seakan-akan merendah-rendahkan cara orang lain memasak.

Dalam pada itu, Nabila juga menyatakan bahawa isu yang berlaku ini merupakan perkara kecil dan tidak perlu diperbesarkan.

Dia juga meminta pengguna TikTok berkenaan agar menghubunginya secara peribadi jika ada perkara membuatkan individu itu tidak berpuas hati.

Tidak jadi masalah untuk saya nak minta maaf dengan ikhlas.

NABILA HUDA

PELAKON

"Isu yang diviralkan ini sangatlah remeh untuk saya layan, tapi memandangkan makin serius saya terpaksalah ke depan suapaya masing-masing boleh kembali tenang.

"Kepada adik yang post benda rekod dari Instastory saya ini, saya rasa awak boleh DM saya, bagitahu apa yang awak marah dan tidak puas hati dengan post saya.

"Tidak jadi masalah untuk saya nak minta maaf dengan ikhlas untuk awak hilangkan kemarahan awak," katanya lagi.

5254637357357537

Nabila Huda anggap isu kecil tidak perlu diperbesar.

Sementara itu, Abil juga memaklumkan bahawa dia tidak terkesan dengan segala kritikan.

Dia bagaimanapun menasihati individu berkenaan supaya tidak menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyelesaikan masalah.

Nabila Huda tidak takut kecaman.

"Saya bukan post ini sebab saya tak kuat kena kecam. Saya okey saja mana-mana. Saya cuma nak terangkan supaya awak faham ada banyak cara untuk selesaikan masalah dalam hidup. Bukan di media sosial.

"Apa pun, terima kasih sebab sebab awak berjaya influence orang mengutuk dan memburukkan saya," tambahnya.

Artikel Lain