BEKAS pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida iaitu Diyla meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui akaun Facebook miliknya disekat usahawan sensasi itu. Tertanya-tanya punca Vida berbuat demikian, Diyla memberitahu hubungan dia dengan bekas majikannya itu baik dan tiada sebarang perselisihan faham. "Kenapa DSV (Datuk Seri Vida) block saya? Sedangkan kita tiada masalah," katanya. Diyla kecewa Facebook kena sekat dengan Datuk Seri Vida. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu, Diyla memaparkan rakaman tangkap layar cubaan dirinya mencari akaun Facebook milik bekas majikannya itu namun tidak ditemui. Dia yang kecewa akan tindakan bekas majikannya itu berharap agar usahawan berkenaan bahagia dengan perbuatan tersebut. "Terima kasih atas segalanya DSV. Semoga maju jaya. Kalau bermusuh dengan saya itu menjadikan DSV bahagia... teruskan," katanya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih sang pari-pari saya” - Bekas pembantu peribadi Vida berhenti kerja, kenangan 12 tahun susah senang bersama ARTIKEL BERKAITAN: Ikut jejak langkah bos! Diam-diam pembantu peribadi Vida jadi penyanyi, tampil dengan imej tidak bertudung Video yang dimuat naik Diyla itu meraih lebih 500,000 tontonan dan 336 komen. Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen beranggapan tindakan Diyla bertujuan untuk pemasaran lagunya. Malah ada juga yang menasihatinya agar memberi ruang kepada bekas majikannya itu. Kalau bermusuh dengan saya itu menjadikan DSV bahagia... teruskan. DIYLA PENYANYI "Dah mula drama dah. Tak kan marketing macam Iqbal kot? "Marketing nak bagi lagu trending eh? Bagi DSV sejukkan hati dulu. Netizen anggap isu Diyla dan DSV hanya drama. "Orang yang kita sayang bila dia pilih untuk pergi mesti terasa hati. Bukan tak boleh terima," antara komen netizen. Selepas 12 tahun berkhidmat dengan Vida, Diyla mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai pembantu peribadi Vida selepas bergelar penyanyi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI