PERKONGSIAN terbaharu pelakon Sharifah Sakinah di Instagram mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut seolah-olah memberi bayangan mengenai situasi rumah tangganya. Dalam hantaran tersebut, Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, berkata dia dan suaminya iaitu Michael Hensen mempunyai banyak perbezaan sehingga membuatkan mereka tidak sesuai lagi menjadi pasangan. "Kami berbeza pendapat, kepercayaan, perspektif dan ideologi, disebabkan itu kami tidak boleh menjadi pasangan lagi. Tamat," tulisnya. Sakinah mengumumkan perkahwinan bersama Michael sekitar Februari lalu. Bersama kapsyen tersebut, dia memuat naik foto bersama Michael yang dirakam di dalam sebuah kenderaan. Sakinah bagaimanapun memilih untuk menutup ruangan komen. ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah fikir banyak perkara sebelum tambah zuriat, bukan semata-mata nak anak ‘cantik’ berdarah kacukan ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sangka suami tak tukar agama, Sharifah Sakinah tunjuk bukti kad perakuan peluk Islam MAIS Untuk rekod, Sakinah dan Michael, 42, telah mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga sekitar Februari lalu. Pelakon ini menutup ruangan komen di hantaran berkenaan. Sakinah sebelum ini pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 dan hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha, 5. Sementara itu, Michael mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI