suria

[VIDEO] Parut di punggung masih ‘rasa’ pedih, Fuad Rahman serik disebat! - “Mak saya pun tak pukul macam itu”

PENGALAMAN menjalani hukuman penjara sebanyak tiga kali ekoran penyalahgunaan dadah benar-benar menginsafkan peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) iaitu Fuad Rahman.

Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, akibat kesalahan itu dia terpaksa menjalani hukuman sebat sebanyak enam kali.

Imbas Fuad, kesakitan akibat sebatan masih dirasai sehingga ke hari ini dan hukuman itu benar-benar menginsafkannya agar tidak melibatkan diri dengan najis dadah.

"Sebatan itu betul-betul sakit, saya kena enam kali... saya rasa nak lari, tak nak patah balik. Mak saya pun tidak pernah pukul saya macam itu.

Persembahan mantap dari Fuad Rahman bersama Naqiu.

"Kesakitan yang dirasai benar-benar buat saya sedar dan ia cukup menginsafkan," katanya.

Fuad berkongsi pengalaman itu ketika ditemui pada sidang media minggu kelima GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kali keluar masuk penjara, Fuad Rahman nekad berubah selepas ibu 81 tahun datang melawat sambil bertongkat

ARTIKEL BERKAITAN: Perjuangan Pat Candy terhenti di minggu kelima GV9, Jaclyn Victor sekali lagi dapat markah tertinggi

Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Fuad berkata, akibat hukuman itu dia terpaksa tidur dalam posisi meniarap selama seminggu kerana bahagian punggung tempat sebatan mengalami luka.

Namun kata penyanyi berasal dari Singapura ini, dia bernasib baik kerana mempunyai rakan-rakan sepenjara yang banyak membantu dan menyapu ubat bagi memastikan dia lekas pulih.

"Masa itu saya terpaksa tidur meniarap selama seminggu, nasib baik ada kawan-kawan jaga dan sapukan ubat. Parut itu masih ada sedikit di bahagian punggung, Alhamdulillah ada orang jaga," katanya.

Kesakitan yang dirasai benar-benar buat saya sedar dan ia cukup menginsafkan.

FUAD RAHMAN

PENYANYI

Fuad memberitahu dia terbuka bercakap mengenai kisah silamnya kerana lebih selesa bersikap jujur daripada timbul sebarang spekulasi tidak benar tentang dirinya.

Ia juga katanya sebagai peringatan kepada diri sendiri agar tidak kembali kepada tabiat lama yang pernah memusnahkan hidupnya.

"Lebih baik saya beritahu dan jujur daripada menipu, saya tidak mahu peminat membuat andaian sendiri.

Fuad Rahman selesa berkongsi kisah hidup dengan peminat.

"Biar pihak media tahu dan saya lega dapat berkongsi perkara ini. Alhamdulillah peminat pun boleh terima diri saya seadanya," katanya yang memberitahu pelakon Datuk Aaron Aziz antara rakan selebriti yang banyak menyokongnya untuk berubah.

Sebelum ini Fuad pernah berkongsi kehadiran ibu tersayang yang melawatnya di penjara sambil bertongkat menjentik hatinya untuk berubah.

Fuad sedar masanya semakin suntuk untuk bersama insan kesayangannya dan meletakkan nokhtah terhadap semua kesilapan pernah dilakukan.

Penyanyi itu mendedahkan terlibat dengan najis dadah sejak berusia 18 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain