suria

Hawa Rizwana hos baharu meleTop, netizen sudah dapat agak tampil pengacara persis Neelofa

Hawa Rizwana peneman baharu Nabil Ahmad di MeleTop.

TEKA-TEKI siapakah pengacara terbaharu program MeleTop akhir terjawab apabila Hawa Rizwana diumumkan sebagai hos gandingan bersama Nabil Ahmad.

Pengumuman tersebut dibuat secara langsung ketika program tersebut ke udara pada malam Selasa.

Menerusi ruangan komen Instagram MeleTop, ramai dalam kalangan peminat sudah menjangkakan nama Hawa akan diumumkan selepas figura seakan-akan personaliti itu didedahkan sebelum ini.

Hawa Rizwana hos baharu MeleTop.

Malah ada yang beranggapan pilihan Hawa dilihat seakan-akan mahu memilih seorang pengacara wanita yang memiliki penampilan seperti bekas pengacaranya, Neelofa.

Selain Hawa, ada juga menyebut nama Uyaina Arshad bakal menggantikan posisi berkenaan.

"Dah agak dah Hawa. Nak juga ala-ala Neelofa.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ‘sakit mata’ tengok pakaian Hawa Rizwana ketika karaoke dengan peminat, ini respons tuan badan

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah lesu baca berita, Hawa Rizwana bukan mengantuk tapi menghayati! - “Saya tak boleh kawal mimik muka bila sampaikan berita serius”

"Ala ingatkan Uyaina. Ramai nak Uyaina tapi yang diberi lain," komen netizen.

Sejak pengunduran Neelofa menerusi program hiburan itu pada Disember 2019, MeleTop tidak menemui pengacara tetap wanita sebaliknya kekosongan itu hanya diganti pengacara jemputan setiap minggu.

Antara selebriti wanita yang pernah bergandingan dengan Nabil sebagai hos adalah Uyaina, Elly Mazlein dan Sherry Alhadad.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain