suria

Sungai Buloh trending di Twitter, netizen mahu Hans Isaac lawan Khairy Jamaluddin

Ramai yang mahu muka pemimpin muda seperti Hans dan KJ.

PENGUMUMAN Khairy Jamaluddin sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Sungai Buloh mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini mengejutkan ramai pihak.

Mana tidaknya, Khairy atau sinonim dengan panggilan KJ sebelum ini cukup popular sebagai calon di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan malah berjaya mempertahankan kerusi tersebut sejak 2008.

Selepas BN mengumumkan calon-calon bertanding pada malam Rabu, nama Sungai Buloh mula trending di laman Twitter yang bercakap tentang pemilihan KJ bertanding di parlimen berkenaan.

hans 3

Populariti Hans dijangka boleh tarik pengundi muda.

Apa yang menarik, ada dalam kalangan netizen melihat Ketua Cabang Ampang, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Hans Isaac sebagai calon paling layak berentap dengan KJ.

"Tolong letak Hans Isaac untuk lawan KL di Sungai Buloh... tiada lagi calon yang tidak dikenali!

"Pilih seseorang yang dekat dengan hati pengundi," komen seorang pengguna Twitter yang turut menyertakan tanda tag pemimpin PKR, Rafizi Ramli.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Kazim di Larut, KJ di Sungai Buloh... ini senarai calon BN tanding PRU15

ARTIKEL BERKAITAN: 25 tahun bergelar pelakon, sudah tiba masa Hans Isaac ucap selamat tinggal dunia seni - “Semua perkara baik akan ada pengakhiran”

Hantaran tersebut mendapat respon pelbagai dalam kalangan netizen yang menyuarakan pendapat mereka tentang dunia politik dan PKR15.

Bukan sahaja kredibiliti kedua-duanya menjadi bualan malah rupa paras KJ dan Hans juga dikatakan menjadi penarik untuk memancing lebih ramai pengundi muda.

"Kita nak tarik pengundi muda. Mungkin yang tak ramai sokong pun boleh sokong... percayalah.

hans 2

Hans dan rakan baiknya, Datuk Afdlin Shauki sama-sama terjun ke dunia politik.

"Hans Isaac vs KJ? Wah! Dah jadi manhunt contest ni. Dua-dua kacak... Public figure vs public figure, baru ngam!," komen netizen.

Dalam pada itu, netizen juga turut membandingkan kerjaya politik di antara kedua-duanya dan meramalkan agar sukar untuk Hans memenangi kerusi tersebut sekiranya PKR meletakkannya sebagai calon di Sungai Buloh.

Untuk rekod, Hans yang sebelum ini aktif dalam bidang seni sebagai pelakon dan penerbit mula melibatkan diri dalam arena politik sejak 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain