suria

Coki menangis teresak-esak, buat laporan polis diugut lelaki depan rumah

Coki sedih apabila hubungan dengan ibu renggang akibat perbuatan orang lain.

PERSONALITI media sosial Coki membuat laporan di Balai Polis Changloon, Kedah bagi melindungi dirinya selepas mendakwa menerima ugutan daripada seorang lelaki pada malam Rabu.

Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, 17, berkata, kejadian tersebut berlaku selepas dia terserempak dengan lelaki berkenaan ketika datang ke rumah ibunya.

"Dah lama berlarutan kisah ini. Semalam (Rabu) saya ada terserempak dengan lelaki tersebut. Apabila saya tegur, dia seolah-olah cuba untuk memukul saya.

"Sebab itu saya buat laporan polis sebagai melindungi diri," katanya kepada mStar.

coki 2

Coki mahu dedahkan semua perbuatan jahat seorang lelaki yang didakwa gunakan ilmu sihir.

Coki sebelum itu berkongsi rakaman video di paltform Instagram miliknya memperlihatkan dia bertikam lidah dengan seorang lelaki yang seolah-olah bagi menghalang individu itu memasuki rumah ibunya selain turut berkongsi visual sedang menangis menceritakan kejadian berlaku.

Dalam pada itu, Coki berkata, dia sudah tidak tahan dengan perbuatan lelaki berkenaan dan sedia mendedahkan sikap individu itu termasuk didakwa menjadi dalang hubungannya dengan keluarga menjadi renggang termasuklah dia sudah tidak bertemu dengan ibu serta adik-beradik lain sejak setahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Peluk wanita dalam kereta, Coki menggigil minta maaf... “Angle kamera nampak lain”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia maki hamun dan pukul kepala saya” - Coki dakwa pernah jadi mangsa wanita rambut pink, saksi budak 4 tahun didera

"Kali terakhir saya jumpa ibu sebelum ini, saya lihat wajahnya berbeza. Terasa perubahan ketara pada ibu. Saya juga dihalang untuk berjumpa keluarga sendiri.

"Malah ketika pulang ke rumah di Kedah Jumaat lalu, wajah dan layanan ibu juga berbeza. Daripada riyak wajahnya, saya dapat rasakan ada masalah," ujarnya.

Saya buat laporan polis sebagai melindungi diri.

COKI

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Tambah Coki, selaku anak sulung, dia bertanggungjawab mempertahankan keluarga selepas ibu bapanya berpisah tahun lalu.

Dalam masa sama, Coki berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu berkenaan supaya perkara sama tidak berulang.

"Selepas ibu bapa berpisah, saya kenalah ambil peranan jaga keluarga. Kalau hal begini berlaku saya harus pertahankan dan melindungi mereka.

"Saya juga berani untuk berhadapan dengan kes ini dan berharap ia dapat diselesaikan segera," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain