SUHU politik negara semakin hangat apabila pengacara sensasi, Azwan Ali mengumumkan bakal bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA berkata dia bakal bersaing dengan abangnya iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mewakili Perikatan Nasional (PN) dan juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari mewakili Pakatan Harapan (PH). "Semuanya akan terjawab esok iaitu pada hari penamaan calon," katanya kepada mStar. Azwan Ali bertanding dalam PRU-15. Azwan berkata dia akan menghantar borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada pagi Sabtu. Sementara itu, Azwan tujuannya bertanding di kerusi parlimen berkenaan adalah kerana mahu menamatkan karier politik abangnya. "Kenapa nak lawan Azmin Ali lagi? Sebab Azmin Ali seharusnya berkubur," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai hati... bapa saya baru meninggal” - Azza Elite kena maki dengan Azwan Ali gara-gara lambat serah tempahan sejadah ARTIKEL BERKAITAN: Tak buat salah tapi influencer Cina ini kerap dibuli netizen, siap komen ‘personal attack’... Ada samakan dengan Khairulaming dan Azwan Ali Dalam pada itu, Azwan memberitahu bahawa dia memperuntukkan sebanyak RM50,000 untuk kempen kali ini. Malah dia percaya jumlah undian yang bakal diterima meningkat berbanding semasa pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada tahun 2018. "Kali ini mungkin akan berhabis dalam RM50,000 dan saya menggunakan duit sendiri. Tapi kali ini saya yakin saya akan menang menewaskan Azmin sebab itu saya bertanding," jelasnya. Kali ini saya yakin saya akan menang menewaskan Azmin sebab itu saya bertanding. AZWAN ALI PENGACARA Meskipun begitu, Azwan mengakui gementar untuk bertembung dengan Azmin dan juga Amiruddin kerana kedua-duanya mampu memberi saingan sengit. Dalam pada itu, Azwan turut memaklumkan dia sudah lama tidak bertemu dengan abangnya itu. "Dua nama ini terlalu hebat... terlalu sengit! Tapi saya akan buat apa sahaja memandangkan saya pun telah lama tidak bertemu dengan Azmin Ali. Azwan Ali sediakan rendang untuk penyokong. "Saya lebih rela kalah ditangan Datuk Seri Amiruddin berbanding Azmin," jelasnya. Untuk kempen PRU15, Azwan berkata dia bakal menyediakan rendang sebanyak 10 kawah untuk penyokongnya. Untuk rekod, Azwan pernah bertanding di PRU14 sebagai calon bebas menggunakan logo gajah menentang Azmin namun hanya menerima 90 undian sahaja. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI