PENYANYI rap sensasi, Caprice mendedahkan dia dan isteri terkena perbuatan sihir dipercayai dihantar oleh individu tidak bertanggungjawab yang mungkin menyimpan dendam terhadapnya. Caprice atau Ariz Ramli, 34, berkata, dia mula merasakan perubahan pada dirinya apabila sukar tidur dan sentiasa mempunyai tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan. "Awalnya saya fikir tidur tiga hingga empat jam adalah perkara biasa sebab sekarang kerja pun memang banyak. "Tetapi saya mula berasa pelik sebab saya tak cukup tidur tapi masih ada tenaga keesokan harinya. Caprice bersama isteri dan anak mereka. "Ubat tidur yang saya ambil jugfa tidak berkesan dan masih sukar melelapkan mata dengan tenang," katanya. Caprice mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya selain memuat naik video memperlihatkan dia dan isteri, Farra Inalis sedang menerima rawatan daripada pengamal perubatan Islam iaitu Tok Singa. ARTIKEL BERKAITAN: Caprice boleh terima digelar ‘Mat Tempel’ tapi kesal pasar raya ternama ajak orang ramai kutuk, sindir ARTIKEL BERKAITAN: Caprice tuntut PU Syed mohon maaf dalam tempoh 24 jam, tak teragak-agak dedah rahsianya pada umum Tok Singa atau Muhammad Firdaus Mohd Adnan yang datang ke kediaman Caprice di Kuala Lumpur dari Kedah mengesahkan pasangan itu menunjukkan mereka mengalami simptom-simptom terkena perbuatan sihir. "Kami akan melakukan rawatan di rumah Caprice. Kita tengok gangguan apa sebab dia beritahu simptom-simptom seperti sihir," katanya. Dalam pada itu, Caprice turut berterima kasih kepada Tok Singa kerana sudi datang dari jauh untuk membantu mereka berdua. Caprice minta bantuan Tok Singa bagi merawatnya. "Akhirnya sahabat kita sanggup datang untuk periksa sendiri dan memang ada unsur-unsur sihir. Insya Allah kami dapat lawan sihir ini dan cepat sembuh," jelasnya. Sementara itu, netizen mendoakan agar pasangan itu diberikan kesembuhan dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. "Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan Cap dan isteri sepanjang proses rawatan dijalankan. "Insya Allah ada penyelesaian nanti. Semoga diberi kesembuhan buat Cap sekeluarga," komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI