suria

“Perempuan ni bukan mainan” - Afiq Muiz beri peringatan, Da'i Syed anggap ia sekadar nasihat

Syed enggan panjangkan isu komen yang ditinggalkan Afiq.

TINDAKAN pelakon Afiq Muiz meninggalkan komen berbaur amaran terhadap pendakwah selebriti Da'i Syed menerusi video majlis pertunangannya yang dimuat naik Datin Seri Umie Aida di Instagram menimbulkan tanda tanya.

Afiq menerusi komennya memberi peringatan kepada Syed bahawa kaum wanita bukan permainan dan memintanya berfikir sebelum membuat sebarang keputusan.

Komen tersebut menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat yang merasakan kedua-duanya mempunyai masalah peribadi sehingga aktor itu sanggup mengeluarkan kata-kata tersebut.

"Ingat pesan aku Da'i Syed, perempuan ni bukan mainan. Semoga selamat hendaknya.

afiq muiz 1

Komen yang ditinggalkan Afiq.

"Fikir-fikirkan, sebelum menjadi selepas," tulisnya.

Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, ketika dihubungi mStar memberitahu dia mengetahui tentang komen dibuat Afiq namun enggan memperbesar-besarkan tentang hal berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V]“Semua berlaku dengan pantas” - Da'i Syed hitung hari bergelar suami Hana Ismail, nikah dalam masa terdekat

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed kini tunang Hana Ismail, Umie Aida pesan jaga amanah dengan baik

Sebaliknya dia menerima peringatan itu dengan hati terbuka dan melihat ia bukan sebagai amaran tetapi satu bentuk nasihat.

"Saya tahu tentang komen tersebut. Saya anggap ia satu nasihat dan terima dengan hati terbuka.

Saya tahu tentang komen tersebut. Saya anggap ia satu nasihat dan terima dengan hati terbuka.

DA'I SYED

PENDAKWAH SELEBRITI

"Tiada apa yang boleh saya komen tentang hal tersebut. Rasanya tidak perlu diperbesarkan," katanya.

Dalam pada itu, Syed memberitahu dia kini sedang fokus kepada persiapan menjelang hari bahagia sebelum bergelar suami kepada personaliti TV Al Hijrah, Hana Ismail.

Syed turut mengharapkan doa orang ramai agar urusan mereka membina masjid dipermudahkan.

syed 2

Syed dan Hana (kanan) bertunang pada 23 Oktober lalu.

"Fokus saya sekarang kepada persiapan perkahwinan tidak lama lagi. Jadi lebih baik saya fikirkan hal itu sahaja.

"Saya harap hubungan kami dan urusan perkahwinan ini mendapat doa semua orang. Semoga segalanya dipermudahkan," ujarnya.

Terdahulu, Syed dan Hana selamat mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain