suria

Paling awal sampai pusat mengundi, Azwan Ali siap bagi kata-kata semangat untuk Azmin

Azwan antara yang terawal tiba di pusat mengundi.

KEHADIRAN pengacara Azwan Ali di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Klang Gate, Gombak, Selangor pada pagi Sabtu mencuri tumpuan ramai.

Azwan, 56, yang tiba seawal pukul 7.25 pagi sempat memberi ucapan selamat maju jaya kepada abangnya iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertanding di Parlimen Gombak untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Dalam masa sama, dia juga menasihati orang ramai untuk keluar menjalankan tanggungjawab dan mematuhi arahan di tempat mengundi.

azwan 3

Azwan pernah berniat untuk sama bertanding di Parlimen Gombak bersama Azmin.

"Buat Azmin, good luck. Kepada semua yang masih tidur, jalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Jangan lupa bawa kad pengenalan. Kalau tiada, tak boleh mengundi. Dalam tempat tu, off telefon. Jangan curi-curi ambil gambar nak viral ketika mengundi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman sokong PN tapi netizen pula berbalah, siap petik negeri Kelantan... “Sabar! Jangan taasub sangat”

ARTIKEL BERKAITAN: Sasha Saidin sebak tengok semangat patriotik pengundi Malaysia di luar negara

Terdahulu, Azwan juga memuat naik satu video mengulas tentang pemilihannya dalam PRU15 kali ini.

Menurut Azwan, dia memilih parti yang dapat membantu rakyat tanpa mengambil kira sejarah seseorang pemimpin yang pernah didakwa di mahkamah.

Setiap orang ada dosa lalu dan itu kisah antara dia dengan Tuhan. Yang penting dia tak kacau orang

AZWAN ALI

PENGACARA

Kata-kata tersebut secara tidak langsung menggambarkan harapan Azwan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai pemimpin baharu menerusi Pakatan Harapan.

"Tengok shawl warna merah dah tahu saya undi siapa. Tak undi dah parti lain.

azwan 2

Azwan sempat berkongsi pesan buat semua pengundi.

"Setiap orang ada dosa lalu dan itu kisah antara dia dengan Tuhan. Yang penting dia tak kacau orang," katanya.

Sebelum ini Azwan yang berniat untuk turut bertanding dalam PRU15 mengumumkan menarik diri di hari penamaan calon pada 5 November lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain