suria

Hadir ke mahkamah dakwaan fitnah bekas suami dan Julia Farhana, Lufya Omar tak mahu lagi maruah dipijak

Lufya tidak akan berdiam diri.

PELAKON Lufya Omar memberitahu ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas mendapat surat pemberitahuan daripada pihak polis untuk membuka siasatan lanjut berhubung dakwaan fitnah.

Lufya atau Lufya Sheikh Omar, 37, berkata, dia tidak akan berdiam diri terhadap fitnah dilemparkan bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dan tunangnya yang juga aktres Julia Farhana terhadapnya.

Susulan itu, Lufya akan mendapatkan pembelaan tentang kes tersebut yang dianggap sebagai jenayah buli siber, fitnah, memalukan serta merosakkan reputasi dirinya dan anak.

"Saya tidak akan berdiam diri di atas fitnah yang kamu berdua lemparkan terhadap saya.

"Saya harap pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap kes ini kerana saya sudah tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan yang diberikan oleh dua pihak tidak bertanggungjawab ini," katanya.

553

Kemelut di antara Julia, Dr Che Hafiz dan Lufya masih tidak berkesudahan.

Dalam pada itu, Lufya mendakwa laporan polis yang digembar-gemburkan di media sosial dimanipulasi oleh Dr Che Hafiz dan Julia tanpa sokongan bukti kukuh.

Kata Lufya, sudah tiba masanya dia membela diri selepas hanya mendiamkan diri atas segala yang terjadi sebelum ini.

"Fitnah itu lebih kejam daripada membunuh. Selama ini saya diam dan tidak membela diri di atas apa sahaja kejadian. Saya sabar dan reda.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekat WhatsApp Julia Farhana, Lufya Omar tak cemburu bekas suami bakal berkahwin - "Saya yang minta cerai"

ARTIKEL BERKAITAN: Julia Farhana buat laporan polis jadi mangsa fitnah Lufya Omar, dedah bakal berkahwin dengan Dr Che Hafiz

"Satu kesedaran yang saya ingin kongsikan ialah maruah dan nama baik harus kita jaga. Jika tidak ia akan kerap kali berulang. Kita wajib membela diri apa lagi jika kita di tempat yang benar," jelasnya.

Dedahnya, ekoran fitnah yang dilemparkan dia terpaksa berulang-alik ke balai polis selepas dipanggil untuk membantu siasatan memfitnah aktres tersebut.

Kata Lufya, disebabkan itu dia terpaksa berulang-alik selain terpaksa mengeluarkan tenaga, wang ringgit, masa serta menggangu tugasnya sebagai seorang ibu tunggal yang menyara anak.

Fitnah itu lebih kejam daripada membunuh. Selama ini saya diam dan tidak membela diri di atas apa sahaja kejadian.

LUFYA OMAR

PELAKON

"Beberapa minggu ini saya dipanggil berulang kali bagi membantu siasatan polis di Balai Polis Sungai Buloh dan Kota Damansara berkenaan saya menfitnah aktres baru," ujarnya.

Sementara itu, menjawab tuduhan membuat kekecohan dan menganggu bekas suami di klinik miliknya, Lufya berkata dia membawa anak mereka yang ingin berjumpa dengannya.

Kata Lufya, anak mereka Laana Haura, 5, merindui bapanya dan kebetulan dia berada berdekatan kawasan klinik Dr Che Hafiz dan membawanya bertemu lelaki itu.

lufya1 - 1

Lufya ingin mendapatkan hak pembelaan.

"Lawatan ke klinik itu adalah secara kebetulan, sedangkan saya hanya menghantar anak ke klinik bersebelahan klinik bapanya.

"Saya hantar anak yang terlalu rindu dengan bapanya dan menunggu di luar klinik. Saya telah dilaporkan ke polis tanpa sebarang bukti," jelasnya.

Sebelum ini kecoh Dr Che Hafiz dan Julia dilaporkan membuat laporan polis terhadap Lufya kerana mendakwa menjadi mangsa fitnah dan menggunakan media sosial untuk menyebarkan fitnah.

Untuk rekod, Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain