suria

Atiq Azman melenting dituduh ‘gay’, minta netizen cermin diri sebelum mengata

Atiq menegaskan dirinya bukan seorang homoseksual.

PERKONGSIAN video pelakon Atiq Azman di laman sosial miliknya mengundang pelbagai tanggapan dalam kalangan netizen sehingga ada yang menuduh dirinya sebagai seorang homoseksual.

Membalas kata-kata tersebut, Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 22, meminta supaya individu berkenaan cermin diri sendiri sebelum membuat tuduhan melulu terhadapnya.

“Okey bro, nak perhatian sangat ke? Aku bagi... Sebelum viral meh sini aku nak cakap siapa yang makan cili je terasa pedas. Alhamdulillah aku straight!

“Sebelum nak kata orang, cermin dulu bro. Tengok sikit diri tu takut dalam tiada gigi. Ada hati nak mengata orang,” katanya.

atiq 3

Atiq berani mencabar individu terbabit menjawab di media sosial.

Atiq menulis luahan tersebut menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.

Dalam salah satu hantaran dia juga turut memuat naik gambar pemegang akaun Instagram yang menuduh dia dengan kata-kata sedemikian.

Sebelum itu seorang pengguna media sosial berkongsi kembali sebuah video Atiq dengan meletakkan kapsyen seolah-olah pelakon itu sengaja mengundang kekeliruan status dirinya.

ARTIKEL BERKIATAN: Atiq Azman sokong PN tapi netizen pula berbalah, siap petik negeri Kelantan... “Sabar! Jangan taasub sangat”

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat geram tengok Atiq Azman sampai berani minta gambar ‘bawah’... “Tapi saya tak boleh block mereka”

“Si acah straight. Katanya video tuju kepada kaum wanita tapi sengaja tayang alat sulit. Kalau masih ada harga diri tak akan tayang kepada umum.

“Lelaki straight tak akan beri amaran. Yang acah-acah straight beriya (beri amaran) padahal mengundang,” komen individu tersebut.

Video yang turut dimuat naik di laman TikTok itu juga menerima banyak komen dalam kalangan peminat dan rata-rata menganggap Atiq sekarang ini semakin kerap menayangkan bentuk badannya di media sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain