suria

Maafkan bekas pembantu peribadi, Fify Azmi tutup kes kebas duit RM15,000

Fify Azmi tidak mahu memanjangkan lagi isu dengan bekas PA.

PERNAH terpalit kontroversi bersama bekas pembantu peribadi yang didakwa melarikan wang miliknya, pelakon Fify Azmi mengambil keputusan menutup buku berhubung insiden tersebut.

Kata Fify atau Nur Afiqah Muhammad Azmi, 32, dia membuat keputusan tersebut kerana sedar sukar bagi bekas pembantunya itu melunaskan wang sebanyak RM15,000 dan memilih memaafkannya atas kesalahan dilakukan.

"Saya anggap hal tersebut sudah selesai. Segala laporan yang dibuat sebelum ini juga saya abaikan sahaja. Lebih baik saya lupakan apa yang terjadi.

"Saya tahu dia pun tak mampu nak bayar. Dia di mana pun saya tidak tahu. Kami langsung tidak berhubung. Sekarang ini lebih baik kita move forward. Yang penting urusan saya dipermudahkan," katanya kepada mStar.

WhatsApp Image 2022-12-03 at 2.23.09 PM

Antara bukti dan laporan yang pernah dibuat sebelum ini.

Fify ditemui selepas majlis Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore Theatre, Melaka pada malam Jumaat.

Bercakap tentang perjalan kerjaya kini, Fify yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Harapan pada FFM31, memberitahu dia semakin banyak diberi kepercayaan untuk menerima tawaran berlakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi putih mata, dakwa PA kebas duit RM15,000

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] "Awak pun bukan suci sangat, cermin diri dulu" - Fify Azmi jawab tuduhan bekas PA ambil barang terlarang

Meskipun masih ada melihat dia lebih berkemampuan membawa watak antagonis dan kasar, kata Fify, itu juga satu cabaran untuk dia memberikan terbaik dalam kerjaya.

"Mungkin sebab awal kemunculan dalam industri saya membawa karakter ganas dan kelakian, orang melihat saya hanya mampu berlakon sebegitu, Namun saya tidak kisah kerana itu juga adalah rezeki.

Saya tahu dia pun tak mampu nak bayar. Dia di mana pun saya tidak tahu. Sekarang ini lebih baik kita move forward.

FIFY AZMI

PELAKON

"Apa pun cabaran yang diberikan saya akan bawa degnan baik. Watak antagonis sekalipun, jika diberi satu kelaianan akan memberi kesan kepada penonton," jelasnya.

Sementara itu, pelakon filem Wira ini juga sempat ditanya soal hubungan cinta dengan kekasihnya Nafiez Zaidi yang sering menjadi perhatian dalam kalangan peminat.

Tidak meletakkan sasaran untuk berumah tangga dalam masa terdekat, Fify juga akui bimbang apabila membaca berita berkaitan masalah perceraian dan isu keganasan terhadap wanita.

fify1 - 1

Fify semakin banyak menerima tawaran berlakon.

"Secara jujur kami memang tidak merancang untuk bernikah dalam masa terdekat. Apa yang boleh saya katakan, kalau ada jodoh tidak ke mana.

"Sekarang ini untuk mendirikan rumah tangga perlu fikir sebaik mungkin dan berhati-hati. Membaca kisah semasa tentang kes cerai dan keganasan rumah tangga membuatkan saya jadi takut.

"Lagipun wanita sekarang ini bukan seperti zaman dahulu yang memilih untuk berkahwin di usia muda. Rasanya umur 32 tahun masih belum terlambat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain