suria

Sakan menari dalam kereta, Fuad Rahman dedah kisah di sebalik video tular... “Ada masa buat silap tapi masih ingat Allah”

Fuad jelaskan rakaman video menari hanyalah sekadar suka-suka.

NAMPAKNYA pasangan penyanyi Fuad Rahman dan Tom terus menjadi bahan kecaman netizen sejak mengumumkan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta baru-baru ini.

Terbaharu, Fuad dan Tom dilihat menari sakan dalam sebuah kereta seperti sedang berpesta di kelab malam yang membuatkan peminat meluat dengan aksi keterlaluan bekas peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan 9GV9) ini.

Tampil mempertahankan diri, Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, rakaman video yang tular itu hanyalah sekadar meluahkan rasa gembira dan memenuhi permintaan pemandu e-hailing yang mereka ketika itu.

fuad 33

Fuad dan Tom kembali bercinta selepas 12 tahun terpisah.

"Video tersebut hanya suka-suka sahaja. Ketika itu kami dalam kenderaan e-hailing selepas mengadakan persembahan di Singapura. Pemandu tersebut minta saya nyanyi tapi disebabkan penat saya beritahu tak boleh berbuat demikian.

"Jadi dia pasang lagu-lagu ketika zaman saya muda dulu. Ketika itu juga saya terkenang apa yang telah dilalui sebelum ini dan mengingatkan supaya saya tidak lagi terlibat dengan kerja-kerja jahat.

"Manusia tidak semuanya sempurna. Ada masa buat silap juga. Mungkin aksi tersebut kurang disenangi orang, tapi saya ini sentiasa ingat pada Allah dan terus mendidik diri untuk jadi lebih baik," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Fuad Rahman rupa-rupanya kekasih lama Tom, cinta kembali terjalin selepas GV9

ARTIKEL BERKAITAN: Tom dituduh ‘penyondol’ punca rumah tangga Fuad Rahman retak... “Bekas isteri pun tahu hubungan kami”

Dalam pada itu, Fuad berkata, dia tidak mahu mengambil serius dengan kecaman netizen yang sering mencari kesalahan sejak mereka kembali bercinta.

Bagaimanapun kata Fuad, dia akan menjawab sebarang tuduhan atau kekeliruan yang timbul bagi mengelakkan salah faham berlarutan dalam kalangan peminat.

"Saya telah melalui fasa hidup yang lebih teruk berbanding kecaman netizen. Lagipun saya faham kritikan itu adalah sebahagian daripada hidup seorang artis. Jadi sejak dahulu lagi saya sudah bersedia.

Mungkin aksi tersebut kurang disenangi orang, tapi saya ini sentiasa ingat pada Allah dan terus mendidik diri untuk jadi lebih baik

FUAD RAHMAN

PENYANYI

"Namun kalau ada yang berkata buruk atau buat tuduhan tidak betul, saya akan jawab. Orang tidak berada di tempat saya boleh kata apa sahaja sedangkan mereka tidak tahu perkara sebenar.

"Apa yang penting adalah saya, Tom, keluarga, dan teman-teman rapat tahu apa kami buat. Dalam masa sama kecaman netizen ini juga penting untuk kami perbaiki diri jika ada buat salah," jelasnya.

Cinta Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, dan Fuad kembali bertaut selepas 12 tahun berpisah ketika mereka sama-sama terlibat dalam program GV9 baru-baru ini.

fuad 22

Tom adalah orang yang banyak memberi semangat ketika Fuad melalui waktu sukar.

Mengakui pernah meninggalkan Tom sendiri selepas ditahan pihak berkuasa akibat masalah dadah, Fuad berharap dia dapat menebus kembali kesalahan lalu dalam hubungan kali ini.

"Tom sudah berjumpa keluarga saya dan ibu pun terima dia seadanya. Ibu saya tahu kami pernah bercinta dahulu dan sekarang ini apa yang menjadi keutamaan baginya adalah melihat saya bahagia.

"Saya pun sudah kenal rapat dengan keluarga Tom. Perancangan untuk berkahwin memang ada namun bukanlah dalam masa terdekat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain