suria

PU Azman kena dakwa lagi! Rayu mahkamah kurang wang jaminan, sudah bayar RM74,000 bagi semua pertuduhan 

Azman berdepan satu lagi pertuduhan melakukan amang seksual.

PENDAKWAH bebas Pencetus Ummah (PU) Azman berdepan satu lagi tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada Khamis.

Kali ini pertuduhan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam yang memperlihatkan Azman atau Azman Syah Alias, 41, didakwa melakukan perbuatan tersebut pada September 2017 di sebuah inap desa di Jalan Kebun, Shah Alam.

Azman atau lebih mesra dengan sapaan Cik Man boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 14 9a) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Azman bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

pu azman 11

Azman sebelum ini pernah dituduh di beberapa mahkamah berasingan atas tuduhan melakukan amang seksual.

Ini merupakan pertuduhan kesebelas terhadap dirinya selepas berdepan dengan dakwaan sama seperti tiga mahkamah berbeza iaitu di Klang, Seremban dan Ampang.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zatil Hidayah Ali menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan lain-lain saksi pendakwaan.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman dituduh kali ke-10, kali ini amang seksual remaja 17 tahun di resort Hulu Langat

ARTIKEL BERKIATAN: [V] “Doakan Cik Man...” - PU Azman tenang hadir sebutan semula kes amang seksual di Seremban

Namun peguam yang mewakili Azman, Fahmi Adilah membuat permohonan jaminan minimum atas faktor tertuduh tidak mempunyai pekerjaan ketika ini selepas siasatan dilakukan terhadapnya sejak September lalu.

Setakat ini kata Fahmi, Azman sudah membayar jaminan keseluruhan berjumlah RM74,000 bagi semua pertuduhan di tiga mahkamah berbeza sebelum ini.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi kes serta melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Januari depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain