suria

"Restu ibu bapa itu penting" - Ini komen ibu jika benar anak nikah Ira Kazar... Syamsul terus kunci mulut

Ibu Syamsul Yusof beri bayangan tak restu hubungan?

PENGARAH terkenal Syamsul Yusof memilih mengunci mulut berhubung khabar angin mengatakan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ira Kazar.

Menerusi balasan mesej kepada mStar, Syamsul, 38, hanya memberi respons dengan menghantar emoji ketawa apabila diminta mengulas dakwaan terbaharu tersebut.

Syamsul bagaimanapun tidak membalas mesej susulan berhubung jawapan ringkas yang dihantar sebelum itu.

Syamsul Yusof terus kunci mulut.

Sementara itu, ibu Syamsul iaitu Datin Fatimah Ismail seakan-akan memberi bayangan tidak merestui jika anak lelakinya itu benar-benar bernikah dengan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.

Fatimah menerusi Instagram miliknya berkata, perkahwinan Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana mendapat restu daripadanya dan suami, Datuk Yusof Haslam memandangkan itu pilihan anaknya.

"Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat restu keluarga sepenuhnya. Syamsul sendiri memilih Puteri Sarah sebagai permaisuri hatinya. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata," katanya.

Datin Fatimah beri bayangan tak restu hubungan?

Menerusi Instastory pula, Fatimah berkata, restu ibu bapa itu penting dalam setiap perhubungan.

"Restu ibu bapa itu penting untuk doa yang berterusan," katanya sambil berkongsi gambar perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah.

Fatimah berkongsi kenyataan itu dipercayai susulan khabar angin mendakwa Syamsul sudah berkahwin dengan Ira yang sedang hangat diperkatakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh peminat dedah Syamsul Yusof nikah Ira Kazar! Puteri Sarah kata, “soroklah selagi boleh sorok”

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut rumah tangga belum berkesudahan, Puteri Sarah Liyana tak dapat jangka apa bakal berlaku tapi harap perkara positif

Terdahulu, Puteri Sarah berkongsi tangkap layar mesej daripada pihak ketiga pengikutnya di Instagram yang mendakwa Syamsul dan Ira sudah melangsungkan perkahwinan.

Puteri Sarah yang mengulang siar tangkap layar itu di Instastory turut memberitahu dia 50 peratus tidak mengetahui tentangnya manakala 50 peratus lagi tidak kisah dengan perkara tersebut.

Puteri Sarah buat pendedahan lagi.

Untuk rekod, Puteri Sarah nekad memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap pelakon Ira Kazar atas dakwaan menganggu kenteraman rumah tangganya dengan Syamsul.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hiduo itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain