suria

[V] Teruk Hawa Rizwana kena hentam isu berpakaian ketat, ‘angle’ gambar punca nampak seksi 

SEJAK bergelar hos program MeleTop, nama Hawa Rizwana mula meniti dibibir peminat sehinggakan semua gerak-gerinya menjadi perhatian termasuk cara pemakaiannya.

Terbaharu, Hawa atau Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 27, yang tampil dengan pakaian bertemakan Rock mendapat kecaman hebat netizen apabila mendakwa busana digayakannya ketat dan menggelar dia lupa diri selepas popular.

Menjelaskan mengenai tuduhan tersebut, Hawa berkata, sebagai seorang wanita yang memakai tudung dia masih tahu batas pemakaian malah tidak suka dikenali kerana imej seksi seperti diperkatakan.

Sebaliknya menegaskan pakaian yang dipakainya itu labuh selain seluar digayakan tidak terlalu ketat seperti mana didakwa sesetengah pihak.

Hawa menjelaskan bahawa posisi gambar yang menjadikan pakaian itu dilihat ketat.

Gerak-geri Hawa sentiasa menjadi perhatian peminat.

"Terima kasih kepada semua kerana prihatin dan memberi teguran tentang pemakaian saya yang terlihat agak ketat pada hari itu.

"Sebenarnya baju itu agak labuh dan seluar yang saya pakai juga tidak terlalu ketat... cuma posisi gambar yang menampakkan pakaian itu kelihatan tidak sopan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hawa Rizwana memilih soal pasangan hidup, mahu lelaki penyabar... Tak sia-sia tinggalkan kerjaya wartawan

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ‘sakit mata’ tengok pakaian Hawa Rizwana ketika karaoke dengan peminat, ini respons tuan badan

"Tetapi harus saya akui mungkin pakaian bertemakan rock dilihat tidak sesuai dan tidak sopan bagi sesetengah pihak," katanya kepada mStar.

Hawa membuat penjelasan itu ketika ditemui pada majlis RR Cruise yang diadakan di Flagship Store Shopee, Four Seasons Place, Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas mengenai dakwaan lupa diri selepas popular, Hawa memberitahu dia tidak pernah menganggap dirinya dikenali ramai dan masih merasakan bahawa dia adalah orang biasa.

Sebenarnya saya hanya seorang public figure tetapi masih orang biasa.

HAWA RIZWANA

PENGACARA

Meskipun terkilan isu pakaian jadi bualan netizen, Hawa berkata dia akan lebih berhati-hati selepas ini kerana sedar ramai sedang memerhatikan dia membuat kesilapan.

"Sebenarnya saya hanya seorang public figure tetapi masih orang biasa malah suka memuat naik tentang aktiviti sukan dilakukan di media sosial saya seperti aktiviti berbasikal dan menyelam.

"Tetapi yang jadi tumpuan adalah pakaian saya... sebenarnya saya akan pakai sesuatu mengikut kesesuaian acara yang saya lakukan. Apa-apa pun saya akan lebih berhati-hati selepas ini," ujarnya.

WhatsApp Image 2022-12-21 at 11.03.15 AM (1)

Hawa tidak mahu dikenali dengan membawa imej seksi.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Hawa memberitahu rezeki dalam bidang pengacaraan semakin luas meskipun pada awalnya hanya bergelar seorang wartawan dan pembaca berita.

"Saya tidak pernah merancang untuk masuk mana-mana program televisyen terutamanya MeleTop tetapi itu merupakan rezeki dan langkah dalam dunia hiburan selepas bermula sebagai wartawan dan pembaca berita.

"Insya Allah saya akan cuba mendalami lebih banyak perkara dalam bidang ini dan tengok apa yang sesuai dengan diri saya," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain