suria

Heboh peminat dedah Syamsul Yusof nikah Ira Kazar! Puteri Sarah kata, “soroklah selagi boleh sorok”

Puteri Sarah beri bayangan hubungan rumah tangga bersama Syamsul Yusof.

KONTROVERSI rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof memasuki episod baharu apabila pengarah filem terkenal itu didakwa sudah berkahwin dengan individu yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Ira Kazar.

Perkara itu didedahkan Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, menerusi tangkap layar mesej daripada pihak ketiga pengikutnya di Instagram yang mendakwa Syamsul dan Ira sudah melangsungkan perkahwinan.

Puteri Sarah yang mengulang siar tangkap layar itu di Instastory turut memberitahu dia 50 peratus tidak mengetahui tentangnya manakala 50 peratus lagi tidak kisah dengan perkara tersebut.

Puteri Sarah beri bayangan di Instastory.

Pelakon itu turut ‘mention’ Syamsul pada hantaran berkenaan.

“Soroklah selagi boleh sorok... kebenaran akan terbukti suatu hari nanti.

“Nartistik seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran. Saya tidak mahu terbabit dengan toksik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut rumah tangga belum berkesudahan, Puteri Sarah Liyana tak dapat jangka apa bakal berlaku tapi harap perkara positif

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah dedah ada ahli keluarga Kazar akan diheret ke mahkamah

“Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-duanya toksik,” katanya menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mendakwa dia mengetahui suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain sehari sebelum dia melahirkan anak kedua mereka iaitu Sumayyah pada 2019.

Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya.

PUTERI SARAH

PELAKON

Katanya, sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak mereka, dia berasa teraniaya apabila mendapat tahu mengenai perkara tersebut dan menanggap ia sebagai kejam.

“Apa yang saya tahu ia berlaku sehari sebelum saya melahirkan Sumayyah. Kejamkan manusia? Orang sekeliling kita ada masanya boleh jadi sangat narsistik dan manipulasi.

“Pilihlah orang sekeliling dengan bijak. Semoga 2023 dapat membongkar semua. Segala-galanya sudah berakhir, hipokrit,” katanya lagi.

Syamsul Yusof dah kahwin dengan Ira Kazar?

Menerusi temu bual bersama mStar pada Selasa, Puteri Sarah memaklumkan dia tidak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku padanya tahun depan, bagaimanapun dia berharap ada perkara baik menantinya dan anak-anak.

Usaha mStar mendapatkan maklum balas Syamsul mengenai dakwaan tersebut tidak berjaya apabila pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mematikan telefonnya.

Untuk rekod, Puteri Sarah nekad memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap pelakon Ira Kazar.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain