suria

Isteri bersuara isu persenda Nabila Razali, minta jangan anggap Atu Zero sombong - “Dia turun sendiri beri bantuan orang susah”

Giliran isteri Atu pula mohon maaf bagi pihak suami.

SUSULAN komen berbentuk sindiran yang dibuat Atu Zero menerusi program The Masked Singer Malaysia, isteri pelawak berkenaan iaitu Shafeeqa Johari turut memohon maaf di atas ketelanjuran kata suaminya kepada penyanyi Nabila Razali.

Shafeeqa berkata, Atu sekadar melawak namun sudah menegur sikap suaminya itu yang terlalu banyak membaca komen-komen warganet.

"Permulaan tahun baharu untuk kami. Misi bantuan kami pun tak viral begini. Atu... Atu, sebarang sahaja kamu ini. Banyak sangat baca komen netizen dia ini.

Minta maaf ya Nabila Razali. Dia melawak saja itu," katanya.

34401461_177146382958003_2271183812840914944_n

Isteri Atu tampil mohon maaf bagi pihak suami.

Perkara itu dikongsi Shafeeqa menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan rakaman video Atu mengeluarkan komen tersebut selain rakaman pelawak itu sedang sibuk membantu mangsa bencana.

Dalam pada itu, Shaafeqa berkata, dia berharap orang ramai tidak menganggap Atu sebagai seorang insan yang sombong ekoran penularan video tersebut kerana pelawak itu sebenarnya seorang pemurah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya cakap benda betul” - Atu Zero anggap jenaka ‘tak boleh nyanyi’ sebagai pembakar semangat, mohon maaf kepada Nabila Razali

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali tersinggung dengan Atu Zero, komen tak boleh nyanyi live macam ‘body shaming’

"Kami ini bukan siapa-siapa, dia hanya seorang penghibur. Biarpun bukan pemegang anugerah apa-apa. Ibarat warna warni kehidupan. Demi Allah tidak sombong insan yang bernama Atu ini.

"Jika sombong, tidak dia turun sendiri memberi bantuan untuk orang susah," katanya lagi.

Dalam pada itu, Shafeeqa turut memuji bakat lakonan Nabila malah mengakui dia salah seorang peminatnya.

Banyak sangat baca komen netizen dia ini. Minta Maaf ya Nabila Razali.

SHAFEEQA JOHARI

ISTERI ATU ZERO

"Kawan-kawan boleh tengok lakonan dia ya. Ramai yang memuji lakonannya. Saya pun tengok," ujarnya.

Sementara itu, Atu memaklumkan telah pun meminta maaf secara peribadi kepada penyanyi berkenaan atas keterlanjuran tersebut.

"Saya sudah minta maaf. Apa-apa pun selamat tahun baru semuanya. Semoga dipermudahkan urusan semua," katanya di ruang komen Instagram mStar.

Isteri Atu kata suami tidak sombong.

Melihat ke ruangan komen rata-rata warganet bersetuju dengan komen yang dikatakan Atu.

Malah mereka turut memaklumkan agar artis berkenaan tidak sentap dengan komen sebegitu memandangkan itu adalah kebenaran.

"Betul apa yang Atu cakap itu. Walaupun sekadar melawak tapi netizen tahu apa yang Atu kata itu betul. Nak terasa kenapa dah memang dia tak boleh menyanyi.

323049807_623056366241939_4008719922371309422_n

Nabila luah rasa kecewa di Instagram.

"Saya sokong Atu, tolong jangan sentap memang banyak lagi pelawak lain yang jadikan artis lain sebagai bahan," antara komen netizen.

Sebelum ini, penyanyi Nabila Razali meluahkan rasa kecewa terhadap komen pelawak Atu Zero yang menyindir dia tidak boleh menyanyi secara live ketika muncul di The Masked Singer Malaysia pada malam Jumaat.

Kata Nabila, komen tersebut tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka di program televisyen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain