suria

Qi Razali gerak solo, beri bayangan kemelut dengan OAG... “Aku tisu tandas, guna selagi aku bernyawa”

Qi Razali pilih bawa haluan sendiri pada tahun 2023.

PEMAIN dram OAG iaitu Qi Razali mengumumkan konsert 30 Tahun Generasiku yang berlangsung pada 25 Disember lalu merupakan persembahan terakhir dia bersama kumpulan tersebut.

Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 45, berkata, dia memilih membawa haluan sendiri selepas membuat pertimbangan mendalam selain memberitahu ia adalah pilihan jalan hidup yang mendorong kepada tindakan itu.

"Saya telah buat keputusan menggunakan akal dan hati, itu adalah persembahan terakhir saya bersama OAG. Pilihan jalan hidup yang mendorong saya buat keputusan ini.

"Band itu tetap akan terus wujud, jangan risau," katanya.

78708562_480799599241243_8489520458976722814_n

Qi pilih bawa haluan sendiri selepas konsert 30 Tahun Generasiku.

Qi berkongsi perkara itu menerusi laman Twitter miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Qi dalam hantaran berbeza seolah-olah memberi bayangan punca pengunduran dia disebabkan wujud kemelut yang berlaku antara dia dan anggota lain dalam OAG.

Qi dalam luahannya turut menyifatkan dirinya seperti tisu tandas yang dipergunakan sehingga ada pihak mengambil kesempatan terhadap dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Vivy Yusof dikecam lagi isu ‘design’ tudung, kali ini Qi Razali pula bersuara pertahan kekasih - “Nak ciplak pun agak-agaklah, saya tak boleh duduk diam!”

ARTIKEL BERKAITAN: Qi Razali mahu teman wanita kejar cita-cita sebelum kahwin

"Aku tisu tandas, gunalah aku selagi aku bernyawa. Jangan tanya kenapa aku buat keputusan ni. Aku ada hak. Ini hidup aku. Aku pilih jalan hidup aku. Lu stay lu punya lorong okay?

"Adakah aku terlalu lembut sampai orang pijak aku? Tahun ini tak ada lagi okay. Kalau aku kerek atau nampak macam aku pentingkan diri sendiri, ye, aku pentingkan diri aku tahun ni. Bye bye toxic people. Shoo...Shoo. Go away," ujarnya.

Sementara itu, Qi berkata, pengunduran dia daripada OAG tidak akan memberi kesan memandangkan kedudukannya boleh diganti pada bila-bila masa.

Kata Qi, kekuatan OAG bukan terletak pada pemain drum dan keputusan dibuat adalah demi kebaikan dirinya.

125815054_150323320175453_7854872137127797670_n

Qi beri petanda ada kemelut dengan kumpulan OAG?

"Kekuatan band itu bukan dekat pemain dram. Jadi boleh saja ganti mana-mana pun. Pilihan saya adalah kebaikan saya. Kalau anda sokong kerjaya saya, sokonglah langkah saya kali ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Qi menerusi Instastory memaklumkan akan menjelaskan perkara sebenar di sebalik pengundurannya dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Qi sebelum ini pernah meninggalkan OAG pada tahun 1999.

Keputusan tersebut dibuat untuk dirinya lebih fokus kepada pelajaran dan karier pada ketika itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain