suria

“Jangan putar belit” - Neelofa tiada niat tuju kepada sesiapa berhubung kenyataan ‘bercuti tanpa pegang telefon’

Neelofa tiada niat untuk perli mana-mana pihak. g

PENGACARA dan usahawan Neelofa meminta semua pihak berhenti membuat sebarang spekulasi atau memutar-belit kenyataan yang pernah dibuat berhubung tindakan berkongsi gambar ketika sedang bercuti.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata perkongsiannya itu tidak ditujukan kepada sesiapa dan hanya sekadar pandangan peribadi semata-mata.

"Saya tiada niat hendak tuju kata-kata tersebut kepada sesiapa pun. Apa yang diperkatakan orang itu adalah fitnah. Orang salah faham tentang apa yang saya katakan sebelum ini.

neelofa 3

Pendapat Neelofa yang disalah anggap.

"Bukan saya larang untuk berkongsi dalam media sosial. Maksud saya ditujukan kepada sesetengah orang yang melancong hanya bertujuan untuk membuat kandungan media sosial sahaja.

"Sedangkan waktu itulah diberi peluang untuk menikmati cuti dan bukan hanya pegang telefon sahaja," katanya.

Neelofa berkata demikian menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu pemakaian kembali ditimbulkan, Neelofa kata suami 'approve' dulu setiap penampilannya

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa tak rindu kehidupan glamour, hati kini rasa lapang dan ‘penuh’

Sebelum itu, namanya menjadi bualan ramai apabila mengeluarkan pandangan sesetengah pihak terlalu asyik berkongsi gambar ketika bercuti di media sosial sehingga hilang tujuan asal percutian itu.

Berpengalaman menjejak kaki ke pelbagai destinasi seluruh dunia, Neelofa berkata ia mengajarnya untuk lebih menghargai waktu ketika berada di tempat orang dan tidak terlalu leka dengan sosial media.

Bukan saya larang untuk berkongsi dalam media sosial

NEELOFA

PENGACARA

"Ambillah gambar banyak-banyak ketika bercuti kerana itu akan jadi kenangan buat kita. Saya juga akan melakukan perkara sama.

"Tetapi apabila berada pada waktu seperti sekarang ini apa yang kita kongsikan di sosial media bukan lagi menjadi satu kepentingan," jelasnya.

Sementara itu, ada dalam kalangan netizen membuat tuduhan dan andaian kononnya penulisan Neelofa itu ditujukan kepada pelakon Fazura yang kini sedang bercuti bersama keluarganya di luar negara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain